"Naikkan Had Umur Lesen Motor Kepada 21 Tahun." – Pakar

Perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan, menggesa kerajaan agar menaikkan had umur minimum kelayakan untuk mendapat lesen motosikal kepada 21 tahun.

Perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan
Katanya, remaja yang berusia 16 tahun masih terlalu muda untuk menunggang motosikal dan menggalakkan kerajaan agar membatalkan “dasar regresif” ini secepat mungkin.
Tambah Kemudahan Pengangkutan

Sebagai alternatif, kerajaan patut menambahkan kemudahan pengangkutan bas sekolah.
“Ini lebih selamat untuk pelajar sekolah,” katanya.
Statistik Kemalangan

Berdasarkan statistik terbaharu oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dari tahun 2014 hingga 2020 telah menyebabkan 25,958 kematian.
Secara puratanya, empat daripada 10 penunggang motosikal yang maut adalah mereka yang berumur antara 16 ke 25 tahun.
Jalan Khusus Untuk Pengguna Motosikal

Perunding pengangkutan, Goh Bok Yen
Seorang lagi perunding pengangkutan, Goh Bok Yen, berkata, kadar kematian dijangka akan terus meningkat sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah lebih tegas untuk mengasingkan pengguna motosikal daripada laluan kereta.
“Hari ini, ia tidak menjadi kesalahan bagi penunggang motosikal untuk menggunakan semua lorong di lebuhraya bandar dan luar bandar, tanpa mengira kelajuan kereta yang melaluinya,” katanya.
“Sudah tiba masanya untuk kembali kepada asas mengasingkan ruang jalan dan menjadikannya satu kesalahan bagi penunggang untuk menceroboh lorong utama.
Hukuman Lebih Berat
Sementara itu, Rosli meluahkan sistem pendidikan Malaysia tidak begitu berkesan untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan untuk memandu dengan berhemah dan mengikuti peraturan jalan raya.

“Kemalangan jalan raya boleh dielakkan sekiranya penunggang tidak melanggar peraturan, tidak memecut laju, tidak berlumba sesama sendiri dan tidak menunggang secara melulu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Astro Awani melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan lebih berat kepada pelumba motosikal haram yang sering menjadikan jalan raya sebagai litar lumba.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata keputusan akan dibuat tidak lama lagi.
Apa Pendapat Anda?
Adakah usia merupakan salah satu faktor kemalangan? Dan bagaimana sistem pendidikan patut diubah agar lebih efektif untuk menyedarkan pengguna jalan raya?
Sumber: MSN, Astro Awani
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Ujian Memandu Lama Tertangguh? Calon Sudah Boleh Bersiap Sedia!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil dengan jalan penyelesaian supaya semua ujian yang telah tertangguh dapat diselesaikan.
27-09-2021
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge