- Berita
- Kereta Baru
- Nissan Serena S-Hybrid 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM149.8K
Nissan Serena S-Hybrid 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM149.8K

Nissan Serena S-Hybrid baharu telah dilancarkan hari ini, 6 Julai 2022, sebagai satu-satunya model MPV hibrid pemasangan tempatan (CKD). Dua varian ditawarkan iaitu Serena S-Hybrid Highway Star dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star dengan harga bermula daripada RM149,888. Tempahan kini boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.
PRESTASI NISSAN SERENA S-HYBRID
Nissan Serena S-Hybrid dikuasakan oleh enjin DOHC 2L dengan Kawalan Pemasaan Injap-Pemboleh Ubah Berterusan Berkembar (CVTC), 4 silinder, 16 injap, suntikan terus bahan api dengan output 110kW/148 hp pada 6,000 rpm dan tork 200 Nm pada 4,400 rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi Xtronic CVT dengan Kawalan Anjakan Adaptif (ASC).
BAHAGIAN LUAR NISSAN SERENA S-HYBRID

Nissan Serena S-Hybrid dilengkapi dengan lampu depan projektor LED automatik dengan pengarasan automatik, lampu kabus depan dan lampu nyalaan siang. Varian Serena S-Hybrid Highway Star menggunakan roda aloi bersaiz 15 inci dengan tayar 195/65 R15, manakala varian lebih tinggi, Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci dengan tayar 205/55 R16.


Serena S-Hybrid Highway Star ditawarkan dalam tiga warna iaitu Brilliant White, Tungsten Silver dan Diamond Black.
Sementara Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula ditawarkan dalam warna Diamond Black, Dark Metal Grey, Brilliant White dan Radiant Red. Kesemuanya dengan bumbung berwarna Diamond Black.
BAHAGIAN DALAM NISSAN SERENA S-HYBRID

Bergerak ke bahagian dalam kereta, Nissan Serena S-Hybrid menawarkan tujuh tempat duduk dengan 13 konfigurasi untuk kemudahan pengguna terutamanya ketika membawa muatan. Tempat duduk varian rendah dibalut fabrik dengan pilihan upholsteri kulit sintetik. Varian tinggi pula ditawarkan sama ada dalam balutan kulit nappa berkuilt coklat premium atau nappa berkuilt hitam premium. Stereng kereta yang lengkap dengan butang kawalan pelbagai fungsi dibalut dengan kulit.

Untuk keselesaan, dari segi penyejuk udara, kereta lengkap dengan kawalan iklim auto dua zon dengan suis digital pada barisan kedua dan ketiga. Pintu belakang kereta memiliki fungsi dwibukaan bagi memudahkan penyimpanan di lokasi yang sempit.

Ciri lain yang boleh ditambah untuk kedua-dua varian ialah lampu bilik LED, tray ruang kargo dan karpet tray ‘Tech-On.’
Dari segi teknologi, kereta dilengkapi kluster intrumen Fine Vision paparan bantuan pemandu canggih (ADAD) berwarna penuh 7 inci. Sistem infotainmen yang digunakan ialah sebuah skrin sentuh bersaiz 6.75 inci (varian rendah) dan 9 inci (varian premium). Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
Turut disediakan ialah sebuah skrin monitor yang dipasang pada bumbung bersaiz 11.6 inci (ditawarkan sebagai pilihan tambahan untuk varian rendah dan standard untuk premium). Kedua-dua varian memiliki 7 port USB. Ciri lain yang didatangkan sebagai ciri standard untuk varian tinggi dan sebagai pilihan tambahan untuk varian rendah ialah DVR depan dan belakang.
CIRI KESELAMATAN NISSAN SERENA S-HYBRID
Didatangkan sebagai ciri standard dalam kedua-dua varian, Nissan Serena S-Hybrid hadir dengan sistem pemanduan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi pakej bantuan pemanduan seperti amaran pelanggaran hadapan prediktif (IPFCW) dan brek kecemasan hadapan pintar (EB), amaran titik buta (BSW), amaran keluar lorong (LDW), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), pemantau keliling pintar (AVM), pengesan objek bergerak pintar (IMOD) dan kewaspadaan pemandu pintar (IDA).


Ciri keselamatan lain ialah bantuan mula-daki (HSA), kawalan dinamik kenderaan (VDC) dan sistem kawalan cengkaman (TCS), serta enam beg udara.

HARGA NISSAN SERENA S-HYBRID
Serena S-Hybrid Highway Star ditawarkan pada harga RM149,888 dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula pada harga RM162,888, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. Pembelian datang dengan servis penyelenggaraan percuma (termasuklah alat ganti dan upah), serta jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun.
![]()
Baca: Nissan Serena S-Hybrid Baharu Dilancarkan 6 Julai Ini, Sudah Ada Di Bilik Pameran Nissan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!
Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!
27-12-2022
Nissan Serena S-Hybrid Baharu Dilancarkan 6 Julai Ini, Sudah Ada Di Bilik Pameran Nissan
Nissan Serena S-Hybrid baharu akhirnya bakal dilancarkan esok, 6 Julai 2022
05-07-2022
Jangan Lepaskan Promosi ETCM!
ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.
07-01-2022
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat