Sistem Subsidi Bahan Api Bersasar Dijalankan Menerusi e-dompet
Kerajaan sedang menguji sistem subsidi bahan api bersasar melalui e-dompet di beberapa stesen minyak di negara ini.
Itu antara bayangan yang diberikan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi Dasar di Kementerian Kewangan (MoF), Johan Mahmood Merican ketika dijemput di podcast ‘Breakfast Grille BFM‘.
Bagi yang tidak mengetahui mengenai subsidi ini, pelaksanaan subsidi itu dibuat secara bersasar supaya dapat membantu golongan yang begitu terjejas dan mengawal peningkatan harga barangan semasa.

Menerusi program itu, beliau mengakui bahawa kerajaan sudah menjalankan ujian perintis menggunakan e-dompet di stesen minyak namun ia masih lagi di peringkat awal.
Difahamkan, penggunaan sistem itu berkemungkinan akan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan ujian sebelum benar-benar melaksanakan pemberian subsidi berkenaan.
Kerajaan juga mahu memastikan bahawa semua rakyat dapat menggunakan sistem tersebut.

“Mereka yang berada di kawasan bandar mungkin sudah terbiasa dengan e-wallet, tetapi ini mungkin tidak berlaku di kawasan luar bandar atau di kalangan warga emas, jadi kita perlu memastikan bahawa ia benar-benar sesuatu yang mudah untuk digunakan, dan apabila dilaksanakan di seluruh negara, ia tidak menimbulkan terlalu banyak masalah kepada rakyat,” jelasnya.
"Subsidi bersasar akan memastikan golongan rentan tidak akan terjejas teruk dengan kadar inflasi semasa. Golongan rentan juga akan dapat menangani kos hidup yang tinggi kerana tidak terbeban dengan lonjakan harga minyak," katanya.
Terdahahu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa golongan T20 menikmati kira-kira RM8 bilion subsidi bahan api, RM2 bilion lebih tinggi berbanding jumlah yang dimanfaatkan oleh golongan B40.
Subsidi bahan api dijangka mencecah RM30 bilion pada tahun ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat