[FOTO] Lelaki Maut Tercampak Jauh Dirempuh Trak Langgar Lampu Merah
Keadaan motor mangsa yang remuk (Foto: PDRM)
Kerana perangai ‘durjana’ orang lain, orang lain yang menjadi mangsa. Seorang lelaki maut kerana tercampak sejauh 20 meter setelah dirempuh oleh sebuah trak pikap yang tidak mematuhi lampu isyarat merah di Padang Layang, Jalan Salor – Pasir Mas, Kota Bharu.
Sudut depan trak pikap yang hancur, menunjukkan impak pelanggaran yang dahsyat
Mangsa, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang bekerja sebagai seorang mekanik menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian dada serta patah kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu dalam perjalanan ke Jalan Kedai Mulong dari arah Tendong. Mangsa berhenti di persimbangan tersebut sebaik lampu bertukar merah. Apabila lampu isyarat kembali hijau, mangsa meneruskan perjalanan ke depan.
“Dalam masa yang sama, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu laju dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Mas telah melepasi lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian
“Insiden itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Kampung Kutan Hulu, Tumpat tercampak sejauh 20 meter dari motosikalnya ke arah bahu kiri jalan menghala ke Pasir Mas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Keadaan di sekitar kawasan kemalangan yang dikongsi orang ramai
“Bagaimanapun, pemandu dan tiga penumpang Toyota Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut turut mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu trak pikap yang melanggar lampu isyarat merah,” ujarnya.
Sumber: Utusan
Foto: Facebook (Orang ramai)
Baca: Pemandu Mabuk! Rempuh 7 Kereta, Bawa Lari Kereta Mangsa
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat