MBSJ Sedia Parkir Terhad 2 Jam Elak Monopoli Parkir, Trafik Sesak, Parkir Berlapis

Parkir dua jam di beberapa kawasan bawah pentadbiran MBSJ (Foto: Utusan)
Mulai 1 September 2022 (Khamis) depan, orang ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dapat menggunakan kemudahan tempat letak kereta atau parkir dua jam di kawasan tertentu.

Pelancaran zon parkir dua jam MBSJ (Foto: MBSJ)
Inisiatif ini diambil supaya lebih ramai pengguna dapat memanfaatkan ruang parkir di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas, masalah parkir berlapis (double park) dan monopoli petak parkir di kawasan komersial yang sering terjadi.

Pejabat MBSJ (Foto: MBSJ)
Buat masa ini, terdapat 2,106 petak parkir dua jam yang disediakan daripada sejumlah 45,000 ruang tempat letak kereta yang ada di sekitar kawasan komersial.
Sebagai permulaan, pelaksanaan parkir dua jam ini disediakan di enam jalan utama iaitu:
Jalan USJ 10
Jalan SS12
Jalan SS15
Jalan USJ 21
Jalan Bandar Puteri
Jalan Kenari
Ruang parkir dua jam ini akan ditambah dari masa ke masa bergantung kepada kesesuaian lokasi, sementara itu petak parkir khas untuk golongan kurang upaya (OKU) adalah dikecualikan daripada peraturan baharu ini.
Ruang parkir dua jam ini dipilih pihak MBSJ berdasarkan beberapa faktor termasuk jalan utama yang mempunyai laluan trafik yang tinggi seperti kemudahan perbankan, pusat rawatan, pejabat pos, pejabat kerajaan dan pelbagai kemudahan lain yang menjadi tumpuan orang awam.
Pengguna dibenarkan menggunakan ruang parkir dua jam ini dengan caj RM0.50 untuk setengah jam pertama.

Bayaran boleh dilakukan menggunakan aplikasi (Foto: MBSJ)
Bagi memudahkan pembayaran, orang ramai boleh menggunakan aplikasi pembayaran parkir mudah alih seperti Smart Selangor Parking, Flexi Parking dan JomParking. Selain itu, pengguna turut boleh membuat pembayaran melalui e-wallet seperti Boost dan Touch n Go.
MBSJ akan melakukan pemantauan secara berkala untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sumber: Utusan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Polis Disaman Parkir Di Tempat Motosikal
Sebuah kenderaan milik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan menggunakan parkir motosikal.
27-01-2023
[VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati
Seorang lelaki dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) tertanya-tanya mengapa dirinya disaman.
06-12-2022
“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL
Sudahlah ruang parkir terlalu terhad untuk penduduk yang ramai, malah disaman lagi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
07-11-2022
Kutipan Parkir MBPJ, MBSJ, MBSA & MPS Diserahkan Kepada Syarikat Konsesi
Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI Selangor telah melantik Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai syarikat konsesi baharu untuk mengendalikan kutipan bayaran parkir di empat PBT.
10-07-2025
Tular: Bas Smart Selangor Lewat Di Subang Jaya, Rupanya Lambat Mohon Permit, Aktiviti Orang Ramai Pula Terganggu
Kelewatan syarikat pengendali mengemukakan permohonan permit kepada APAD menjadi punca lima laluan bas henti-henti Smart Selangor terjejas.
27-05-2025
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
