Proton Exora Ada 2 Varian, Harga Bermula RM62K

Selepas satu, dua teaser, Proton akhirnya melancarkan Proton Exora 2023 yang ditawarkan pada harga bermula RM62,800.
Jentera yang dilancarkan di PROTON KEB Auto Sdn Bhd TTDI Kajang, Selangor, didatangkan dengan dua varian:
1. 1.6T Executive CVT (RM62,800 )
2. 1.6T Premium CVT (RM69,800)
Ia boleh didapati dalam lima warna yang pilihan iaitu Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red & Cocoa Grey.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Proton Exora, MPV buatan Malaysia pertama yang telah direka dan dibina dengan memikirkan keperluan rakyat Malaysia.
"Kemas kini terbaru pada Proton Exora 2023 adalah produk terkemuka dalam kelasnya selain membuatkan ia lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang, merentasi pelbagai aplikasi dengan fokus untuk mengukuhkan ciri kuasa, ruang dan nilai.
"Dengan lebih 180,000 unit terjual sepanjang 13 tahun, Proton Exora adalah MPV segmen C dengan penjualan terbaik setakat ini, sehingga hari ini masih mengekalkan kedudukannya," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah perincian terbaharu Proton Exora 2023:
• Lampu LED cahaya siang,
• Roda aloi 16 inci dalam kemasan dwi-tona
• Skirting' sisi dan 'spoiler' belakang (varian premium)
• Bumbung hitam dengan hiasan belakang berwarna hitam
• 7 tempat duduk dibalut kulit
• Stereng pelbagai fungsi yang dibaluti kulit
• Tempat letak tangan bahagian pemandu
• Setiap barisan tempat duduk dilengkapi dengan penghawa dingin individu
• Penapis Kabin N95
• Sistem infotainmen dengan monitor skrin sentuh tujuh inci
• Perintah Suara 'Hi PROTON' (varian tinggi)
• Navigasi dalam talian (varian tinggi)
• Penstriman muzik (varian tinggi)
• Ramalan cuaca
• 4G, Wi-Fi (varian tinggi)
• 4 pembesar suara
• Cermin sisi lipat secara manual
• Head unit biasa dengan sambungan Bluetooth


PRESTASI
Proton Exora 2023 didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6 liter yang dipasangkan dengan transmisi CVT, yang menjana kuasa 140PS dan tork 205Nm.

CIRI-CIRI KESELAMATAN
• 2 beg udara SRS hadapan
• Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
• Pengagihan Brek Elektronik (EBD)
• Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
• Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
• Kamera undur (varian premium)
• Sensor parkir belakang
Proton Exora 2023 kini telah dibuka untuk tempahan dalam talian dan di pusat pameran PROTON yang sah.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat