Honda BR-V Dilancarkan Di Thailand, Harga Bermula RM115K

Nampaknya, Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua Honda BR-V di negara itu pada Jumaat lalu.

Tidak seperti pendahulunya, leleran kedua crossover 7-penumpang ini bukan sahaja ditingkatkan dengan pelbagai ciri keselamatan tetapi teknologi dan penggayaannya juga dikhabarkan telah disemak semula dengan sepenuhnya.

Ia didatangkan dalam dua pilihan trim:
• Varian E
• Varian EL

Bagaimanapun, kedua-dua varian ini didatangkan dengan pakej trenkuasa yang sama iaitu enjin berkapasiti 1.5 liter NA DOHC i-VTEC empat-silinder petrol.
Ia dipadankan dengan transmisi automatik CVT sekali gus mampu menghamburkan kuasa 121 PS/145 Nm.


Seperti saingan 7-penumpang yang lain, Honda BR-V spesifikasi Thailand ini sebenarnya diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.
Sementara itu, Honda Thailand turut mendakwa bahawa model BR-V ini mencatatkan kadar penjimatan bahan api serendah 16.1 km/L (6.2 L/100 km) yang merupakan antara kenderaan 7-penumpang yang paling cekap dalam kelasnya.
Menyentuh mengenai dimensinya, jentera baharu ini dilaporkan telah dibesarkan sedikit.
Edisi kali ini didatangkan dengan ukuran dimensi 4,490 milimter (mm) panjang, 1,780 mm lebar, 1,685 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,695 mm.

Selain daripada reka bentuk dan gayanya, perubahan paling ketara dalam crossover ini boleh dilihat menerusi senarai ciri-ciri keselamatannya.
Untuk info, kedua-dua varian ini didatangnya dengan ciri-ciri keselamatan seperti berikut:
• Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
• Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
• Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (RDM)
• Sistem Amaran Lencong (LDW)
• Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Notifikasi Pergerakan Kenderaan Depan (LCDN)


Ciri-ciri keselamatan yang disebutkan di atas itu turut dilengkapi dengan:
• Kamera Honda LaneWatch
• Sistem peringatan tali keledar
• Brek Anti Kunci (ABS)
• Agihan Daya Brek Elektronik (EBD)
• Bantuan Brek (BA)
• Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
• Bantuan daki bukit


Bagaimanapun, terdapat perbezaan jumlah beg udara yang mana varian E menerima empat beg udara, manakala EL (6 beg udara).

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa lagi yang ditawarkan BR-V baharu ini?
Berikut adalah perinciannya:
• Paparan kluster instrumen pelbagai info 4.2-inci
• Kerusi balutan kulit kombinasi dua-tona (Hitam dan Mocha Grey)
• Pendingin automatik (dengan corong di belakang)
• Sistem tanpa kunci
• Butang penghidup enjin
• Kawalan jauh penghidup enjin
• Skrin sentuh tujuh-inci (dengan Android Auto dan Apple CarPlay)
• Stereng balutan kulit
• Empat-pembesar suara
Bagi varian EL, ia hadir dengan beberapa ciri tambahan seperti:
• Roda lebih besar bersaiz 17-inci (dengan tayar 215/55)
• Gril hadapan piano black
• Lampu kabus hadapan LED
• Cermin sisi boleh dilipat secara automatic
• Pedal penukar gear
• Kerusi balutan kulit kombinasi serba hitam
• Tambahan dua lagi unit pembesar suara (keseluruhan enam unit)
• Terdapat banyak soket berkuasa

Menyentuh mengenai harganya, sudah dijangkakan bahawa harga yang ditawarkan agak keras berbanding model generasi pertama.
Apa tidaknya, jentera baharu ini didatangkan dengan ciri keselamatan yang sudah ditingkatkan.
Harga varian E bermula dari THB 915,000 (RM 113,897) dan varian EL yang berharga dari THB 973,000 (RM 121,121).
Generasi pertama Honda BR-V sebelum ini ditawarkan pada harga antara THB765,000 (RM95,217)and THB835,000 (RM103, 931).
Apapun, crossover ini dijangka akan tembusi pasaran Malaysia namun dengan tawaran harga yang lebih premium.
Biarpun, tarikh pelancaran masih belum didedahkan namun dikhabarkan ia akan pada suku keempat tahun ini.
Mungkin ini akan menjadi pilihan anda berbanding Toyota Veloz atau Mitsubishi Xpander?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda N7X, Ada 3 Varian
PT Honda Prospect Motor secara rasminya melancarkan Honda BR-V Edisi Khas N7X.
19-02-2024
Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!
ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan ujian pelanggaran bagi Honda HR-V dan Honda BR-V 2022.
20-09-2022
Perhatian! Honda Panggil Balik 4 Model
Honda Malaysia memanggil balik sebanyak 1,527 unit kereta yang terdiri daripada model model City, City Hatchback, HR-V serta BR-V .
21-06-2022
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat