Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!

HR-V 2022 terima skor ASEAN NCAP 5 bintang
Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengeluarkan keputusan ujian pelanggaran bagi Honda HR-V dan Honda BR-V minggu lalu dengan skor yang tinggi. HR-V berjaya mengumpulkan markah keseluruhan 81.38, manakala BR-V pula 77.02.
BR-V 2022 terima skor ASEAN NCAP 5 bintang
Kedua-dua model ini telah diuji berdasarkan protokol terbaharu iaitu ASEAN NCAP 2021-2025 yang ditambah dengan penilaian sistem bantuan pemandu merangkumi empat kategori iaitu perlindungan penumpang dewasa (AOP), perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), bantuan keselamatan (SA) dan keselamatan penunggang motosikal (MS).
Honda HR-V terbaharu yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Julai lalu menerima markah sebanyak 28/32 dalam aspek perlindungan penumpang dewasa (AOP), 45.43/51 untuk perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), 19.5/21 bagi bantuan keselamatan (SA) dan 8/16 untuk keselamatan penunggang motosikal (MS).
Video ujian pelanggaran HR-V 2022:
Sementara itu, Honda BR-V pula mendapat markah 26.98/32 dalam perlindungan penumpang dewasa (AOP), 44.53/51 untuk perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), 16.5/21 untuk bantuan keselamatan (SA) dan 8.1/16 dalam keselamatan penunggang motosikal (MS).
Video ujian pelanggaran BR-V 2022:
Setakat ini, sebanyak 1,300 unit Honda HR-V telah diserahkan kepada pembeli. Sementara Honda BR-V yang masih belum dilancarkan di Malaysia pula telah pun memasuki pasaran Thailand dan Indonesia, ini bermakna, ketibaannya ke negara ini adalah tidak lama lagi.
Sekiranya anda masih tertanya-tanya sama ada Honda adalah pilihan terbaik, diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan. Jelas terbukti kedua-dua keluaran terbaharu Honda ini memiliki ciri keselamatan yang berkualiti.
Jangan lupa untuk lawati laman jualan kereta Honda kami, klik di sini untuk melihat Honda terbaharu atau klik sini untuk melihat senarai kereta Honda terpakai.
Baca: Honda HR-V 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM114K!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda N7X, Ada 3 Varian
PT Honda Prospect Motor secara rasminya melancarkan Honda BR-V Edisi Khas N7X.
19-02-2024
Honda BR-V Dilancarkan Di Thailand, Harga Bermula RM115K
Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua Honda BR-V di negara itu pada Jumaat lalu.
22-08-2022
SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.
18-07-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden
Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.
01-07-2025
Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan
Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.
26-07-2024
Baru 10 Minit Tinggal di Parkir Valet, Kereta Lesap Dibawa Lari
Hanya 10 minit selepas ditinggalkan dengan penjaga valet, sebuah Honda HR-V lesap dilarikan.
09-07-2024
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
