Kemalangan Pertama Di SUKE

Mangsa terjatuh gara-gara merempuh belakang sebuah Myvi yang diletakkan di lorong kecemasan.
Baru sehari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) beroperasi dan dibuka kepada pengguna, sudah ada kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan semalam.
Difahamkan, punca kejadian disebabkan pemandu sebuah Myvi meletakkan bertindak meletakkan kenderaannya di lorong kecemasan di tol Bukit Teratai, Ampang sekadar untuk menyaksikan pemandangan dari atas lebuh raya itu.
Sebaliknya, beberapa laporan media lain pula mendakwa suspek sanggup meletakkan kenderaannya di tepi jalan semata-mata untuk merakam gambar.
Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila seorang penunggang motosikal secara tidak sengaja merempuh Myvi berwarna kuning itu dari arah belakang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Beberapa gambar yang tular di internet menunjukkan penunggang motosikal itu yang berseluar pendek terbaring di bawah kenderaan itu.

Mangsa dilihat mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan. Mujur, tiada kemalangan jiwa.
Kemalangan itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
“ Ini adalah kes kemalangan yang pertama berlaku di Lebuhraya SUKE sejak ia dibuka bermula 16 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan dan boleh dikompaun sebanyak RM300.

Nampaknya, pemandu Malaysia memang degil biarpun kerajaan dan polis sudah memberi amaran agar jangan berhenti di mana-mana lorong kecemasan jika hanya sekadar merakam gambar.
Terdahulu, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof sudah memberi amaran agar jangan berhenti di lorong kecemasan di lebuhraya SUKE untuk mengambil gambar.
Ini kerana perbuatan itu bukan sahaja menghalang lalu lintas tetapi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR6963
SELANGOR
BSU627
JOHOR
JE8374J
PULAU PINANG
PSF8573
PERAK
APL7384
PAHANG
CFH8463
KEDAH
KGJ2673
NEGERI SEMBILAN
NEM1059
KOTA KINABALU
SJU3046
KUCHING
QAB6372P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat