ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kewangan Aston Martin Bertambah Baik, Arab Saudi Jadi Pemegang Saham Kedua Terbesar

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Logo Aston Martin pada mesin jahit yang terdapat di kilang syarikat di Gaydon, Britain (Foto: Reuters/Phil Noble)


Aston Martin menjangkakan kewangannya akan bertambah baik pada separuh akhir 2022 selepas melaburkan puluhan juta pound awal tahun ini, katanya pada Jumaat lalu.


Pengumuman ini dibuat setelah melihat daripada rantaian bekalan yang semakin stabil yang secara tidak langsung membolehkan syarikat mempercepat penghantaran kereta kepada pembeli.


Aston Martin V12 Vantage


Sebelum ini, Aston Martin telah mendedahkan kerugian besar pada enam bulan pertama yang disebabkan oleh isu rantaian bekalan dan masalah logistik yang diburukkan lagi oleh penutupan di China, perang Ukraine dan kos yang melambung tinggi.


Namun, nampaknya keadaan kembali pulih apabila syarikat kereta mewah tersebut mengumumkan penjanaan modal selepas Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) kini menjadi pemegang saham kedua terbesar syarikat, sekaligus menyelesaikan isu kewangan yang melanda. 



Aston Martin DBX707 sewaktu pelancarannya di Malaysia minggu lepas


Aston Martin menyasarkan untuk menjual lebih banyak kereta pada separuh akhir tahun ini memandangkan rantaian bekalan kian stabil untuk membolehkan syarikat meningkatkan pengeluaran model kereta yang terlaris seperti SUV DBX707 dan kereta sport V12 Vantage. 


Kilang pengeluaran Aston Martin


“Kami menamatkan bulan Jun dengan lebih daripada 350 unit DBX707 yang kami rancang untuk hantar pada suku kedua, masih menantikan bahagian terakhir, [terpaksa] menggunakan wang tunai berpuluh-puluh juta dan mengehadkan sementara keupayaan kami untuk memenuhi permintaan tinggi yang diterima sekarang,” ujar Lawrence Stroll, Pengerusi Eksekutif Aston Martin. 


“Pada bulan Julai, kami telah mula menyerahkan kenderaan dan menjangkakan rantaian bekalan akan bertambah baik pada separuh kedua (H2), menyokong penghantaran sasaran penuh kami tahun ini,” tambahnya. 


Kereta Aston Martin digunakan dalam filem James Bond


Firma berusia 109 tahun ini terkenal sebagai jenama kereta yang digunakan dalam filem perisik rahsia, James Bond.


Sumber: Reuters


Baca: DBX707, SUV Paling Laju Di Dunia, 707PS@900Nm


Baca: Aston Martin Perkenal DBX707, SUV Prestasi Tinggi Yang Mantap Dari Segala Aspek!



Baca: Penghasilan Aston Martin DBX70, Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Wujud Di UK





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-10-2025
Global

09-07-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

05-06-2025
Teknologi

16-05-2025
Global

30-04-2025
Global

26-03-2025
Global

05-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.