EV Volkswagen ID.4 Dipertontonkan Pertama Kali Di Malaysia, Ini Spesifikasinya...

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mempertontonkan SUV elektrik penuh ID.4 secara rasmi pada hari pertama Volkswagen Fest 2022 diadakan semalam. Dalam kemeriahan pesta kereta keluaran Jerman ini, penulis dapat melihat dengan lebih dekat reka bentuk SUV ini dan teknologi yang digunakan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih terperinci mengenai kenderaan elektrik (EV) ini.
KUASA & PRESTASI VW ID.4

Model ini dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion berkapasiti 77 kWh yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik dengan output 201 hp. ID.4 dapat mencapai jarak perjalanan sehingga 519 km berdasarkan kitaran ujian WLTP.
Untuk pengecasan, pek baterinya mengambil masa selama 7.5 jam untuk dicas penuh menggunakan pengecas AC 11 kW, sementara itu, menggunakan pengecas pantas DC 125 kW pula ia hanya mengambil masa 38 minit untuk dicas daripada 5% ke 80%.
BAHAGIAN LUAR VW ID.4


Dari segi dimensinya, ID.4 berkepanjangan 4,584 mm, dengan kelebaran 1,852 mm dan berketinggian 1,636 mm. Pada bahagian luar, ia dilengkapkan dengan lampu depan matriks LED, roda aloi bersaiz 19 inci dan lampu belakang LED 3D.



BAHAGIAN DALAM VW ID.4







Bergerak ke bahagian dalam kereta, antara ciri dalaman ID.4 ialah teknologi pencahayaan ambien 30 warna, sistem pendingin hawa Air Care Climatronic 3-Zone, kamera pandang keliling 360 darjah, sistem navigasi “Discover Pro,” sistem infotainmen dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas telefon pintar tanpa wayar serta pedal besi dengan simbol play dan pause. Untuk keselesaan optimum, model ini dilengkapkan dengan tempat duduk ergoActive yang boleh dilaraskan secara automatik.

Tempat duduk depan yang tampil sporty

Tempat duduk belakang
Pedal brek bertanda pause dan pedal minyak bertanda play
Konsol tengah: Ruang simpanan barang, pengecas tanpa wayar, port USB
CIRI KESELAMATAN VW ID.4
Dari segi keselamatan, ID.4 hadir dengan pelbagai ciri penting seperti kawalan casis dinamik (DCC), brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi ‘stop and go,’ bantuan perjalanan, bantuan parkir dengan ciri memori dan sebagainya.
RISALAH VW ID.4

PELANCARAN & HARGA VW ID.4
Harganya masih belum didedahkan memandangkan model ini belum dilancarkan di Malaysia kerana sedang diuji penggunaannya dalam dunia sebenar di negara ini. Namun Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, syarikat sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa SUV ID.4 ke dalam pasaran Malaysia secepat yang mungkin.
Untuk mengetahui perkembangan Volkswagen ID.4 di Malaysia dari masa ke masa, jangan lupa untuk ikut Facebook kami, Dunia Kereta sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Harga Volkswagen Golf R-Line Versi CKD Akhirnya Diumumkan, Dari RM170K! Ini Spesifikasinya...
Baca: Volkswagen ID. Buzz Cargo Terima Anugearah Van Terbaik 2023
Baca: Pembukaan Pusat 4S Volkswagen di Setia Alam
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal
Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.
06-02-2026
VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan edisi istimewa bagi Volkswagen Golf GTI.
08-10-2025
VPCM Catat Nama Dalam Malaysia Book of Records – Perhimpunan Volkswagen Golf Terbesar
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
27-08-2024
Volkswagen Golf GTI Edition 50 Kini Di Malaysia – Unit Terhad, CKD, Dari RM267,990 (Termasuk VAP)
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan secara rasmi pelancaran Volkswagen Golf GTI Edition 50.
09-08-2024
Volkswagen Malaysia Bakal Lancar SUV CKD Baharu Tidak Lama Lagi?
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah membuat pendedahan mengenai kehadiran sebuah SUV baharu.
03-06-2024
Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Touareg R-Line serba baharu, generasi ketiga untuk pasaran Malaysia.
12-03-2024
Beli VW Dengan Diskaun Hingga RM18,888 Sempena Tahun Baru Cina
VPCM lancar promosi Tahun Baru Cina. Rugi tak beli sekarang!
08-01-2024
VW Golf GTI Mk 8 Ditambah Ciri Baharu! Speaker Lebih Padu, Ada HUD
VPCM memulakan tahun 2024 dengan pengumuman penambahan beberapa ciri baharu untuk VW Golf GTI generasi ke-8. Ini ciri barunya...
03-01-2024
Berita Terkini
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green
PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
02-04-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas
Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.
24-03-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia
Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.
13-03-2026
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih
Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.
11-03-2026
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link
Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi
06-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
