Volkswagen Malaysia Bakal Lancar SUV CKD Baharu Tidak Lama Lagi?

Dari kiri, Pengurus Jenama VPCM, Charles Lim, Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev dan Ketua Perancangan Pusat, Produk & Logistik VPCM, Mohamed Aslam.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah membuat pendedahan mengenai kehadiran sebuah SUV baharu. Model tersebut dikatakan akan diposisikan antara Tiguan Allspace dan Touareg dan dipasang secara tempatan (CKD) supaya dapat ditawarkan pada harga yang kompetitif.

VPCM baru-baru ini telah mengadakan sesi pandu uji Volkswagen Touareg bersama media.
Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, mengesahkan perkara tersebut dalam satu acara eksklusif bersama media yang diadakan di Kuantan, Pahang. Menurutnya, “Akan ada sebuah kereta, di antara, saya tidak dapat memberitahu anda sekarang bila tepatnya tetapi saya akan katakan agak cepat. Produk ini akan diletakkan dalam segmen SUV-C.”
Mengulas lanjut, Pengurus Jenama Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Charles Lim berkata, masih tiada kepastian apakah model SUV yang bakal dilancarkan nanti, namun ia tidak terhad kepada barisan model yang ditawarkan di pasaran global, kerana VPCM turut akan mempertimbangkan model dari India dan China.
Menjawab pertanyaan daripada media paultan.org sama ada VPCM akan menawarkan sebuah model kereta pada harga di bawah RM200,000, Denyu berkata, "Akan ada sebuah kereta [dalam julat harga ini]. Saya tidak dapat memberitahu sekarang bila [ia akan diperkenalkan], tetapi [model ini] akan tiba tidak lama lagi."
![]()
Volkswagen Tiguan Allspace
Volkswagen Touareg
Buat masa ini, VPCM menawarkan dua model SUV di Malaysia iaitu Tiguan Allspace dan Touareg dengan perbezaan harga yang ketara. Tiguan Allspace ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM164,190 untuk varian asas hingga RM258,990 untuk R-Line, manakala Touareg pula ditawarkan hanya dalam satu varian, R-Line pada harga RM469,990.

Volkswagen Tayron
Untuk pengetahuan pembaca, Tiguan Allspace yang kini dijual di Malaysia adalah model generasi kedua yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2016. Kini mungkin telah tiba masanya untuk kedatangan sebuah model yang lebih segar untuk peminat Volkswagen di Malaysia. Sekiranya benar model ini yang bakal digantikan kelak, ada kemungkinan model baharu itu nanti ialah Tayron. Menurut sebuah portal automotif India, Autocar, Tayron dikatakan akan dilancarkan sebagai pengganti kepada SUV Tiguan Allspace.
Rancangan untuk melancarkan model CKD baharu di pasaran Malaysia menunjukkan komitmen Volkswagen untuk menjadikan negara ini sebagai hab pengeluaran serantau, bukan sahaja untuk model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi juga kenderaan elektrik (EV).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
"Rocket Pocketman" Azizulhasni Dilantik Duta Jenama Pertama Volkswagen Malaysia
VPCM melantik jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sebagai duta jenama pertama untuk Volkswagen di Malaysia.
23-07-2025
Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Touareg R-Line serba baharu, generasi ketiga untuk pasaran Malaysia.
12-03-2024
Pelantikan Denyu Bostandzhiev Sebagai Pengarah Urusan PHSAM & VPCM
PHSAM dan VPCM telah mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev sebagai Pengarah Urusan Bersama baharu.
01-07-2023
Arteon R-Line 4MOTION Kini Lebih Selamat Dengan IQ.DRIVE
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah melancarkan Arteon R-Line 4MOTION dengan teknologi IQ.DRIVE
05-05-2023
Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00
Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00
06-02-2023
Jimat Sehingga RM4,000, Pemeriksaan Kereta Percuma - Volkswagen
Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih.
04-01-2023
Bilik Pameran Dibuka Dengan SOP Yang Lebih Ketat
Hanya beberapa bilik pameran di Melaka, Johor, Kedah, Pahang dan Kelantan masih belum dibenarkan beroperasi.
25-08-2021
VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal
Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.
06-02-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


