Bermula Tahun Depan, Semua Model Subaru Dari Jepun

Susulan pengumuman yang dibuat Subaru Corporation bahawa mereka akan menamatkan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Asia Tenggara, TC Subaru Sdn Bhd (TC Subaru) telah mengeluarkan satu kenyataan pada minggu lepas.
Untuk itu, TC Subaru mengesahkan bahawa mulai tahun 2025, semua kenderaan Subaru di Malaysia akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.


“Selepas membuat pertimbangan yang teliti, TCIL dan Subaru Corporation telah bersama-sama memutuskan untuk menjalani transformasi perniagaan yang proaktif dengan menamatkan perniagaan model CKD sedia ada secara berperingkat.
“’Mereka yakin bahawa operasi CKD tidak lagi mampan dalam jangka panjang.
“Jadi, bermula tahun depan, pasaran CKD di Thailand, Vietnam, Malaysia dan Kemboja akan beralih kepada jualan model Complete Build Up (CBU) dari Jepun,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyebut TCIL dan Subaru Corporation yakin bahawa keputusan strategik ini akan meletakkan Subaru untuk terus berjaya dalam pasaran dinamik ini.

“Ketika TCIL memulakan lembaran baharu ini bersama-sama dengan Subaru Corporation, kedua-dua TCIL dan Subaru Corporation kekal teguh dalam komitmen mereka untuk menyampaikan nilai luar biasa kepada pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan,” tambahnya.
Bagi pemilik semasa kenderaan Subaru, TCS mengesahkan komitmennya dalam menyediakan pengalaman pemilikan yang luar biasa.
Setiap pengedar Subaru di seluruh Malaysia akan terus menawarkan sokongan dan perkhidmatan yang komprehensif, dengan kepakaran juruteknik bertauliah Subaru dan alat ganti tulen yang masih boleh didapati di semua pusat servis yang sah.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Forester Facelift Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM173K
TC Subaru Sdn Bhd, semalam telah memperkenalkan empat varian terbaharu Subaru Forester.
04-05-2023
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.
Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.
17-10-2025
Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor
Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9.
28-07-2025
Berita Terkini
ECRL RM125 Ke Kelantan: Berbaloi Atau Mahal?
ECRL Gombak-Kota Bharu RM125: Ini Beza Tiket Ekspres & Transit Yang Anda Perlu Tahu
19-10-2026
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

