Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K
![]()
UMW Toyota Motor telah melancarkan crossover Toyota Veloz serba baharu sebentar tadi. Model dipasang tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam satu varian yang serba lengkap dengan pelbagai ciri premium. Ia ditawarkan pada harga RM95,000, atas jalan tanpa insurans.
KUASA & PRESTASI

Veloz serba baharu menggunakan enjin 4 silinder 16 injap DOHC aluminium penuh 1.5L 2N-VE dengan suntikan bahan api elektronik (EFI). Ia ditampilkan dengan teknologi Dual VVT-i.
Menurut Toyota, Dual VVT-i yang digunakan kali ini merupakan versi yang diperbaik daripada sistem asal VVT-i dibangunkan Toyota sebelum ini. Teknologi yang terbaharu ini memberikan kereta prestasi lebih baik dan penjimatan minyak yang lebih tinggi.
Kuasa disalurkan kepada tayar hadapan melalui transmisi CVT yang turut membantu menjimatkan penggunaan minyak. Pemandu boleh memilih secara manual 7 step dalam transmisi yang disediakan (sistem CVT tidak menggunakan gear seperti transmisi automatik biasa).

Veloz memiliki output kuasa maksimum 105 hp pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm. Terdapat tiga mod pemanduan yang disediakan mengikut keperluan pemandu iaitu PWR, ECO dan NORMAL.
BAHAGIAN LUAR TOYOTA VELOZ 2022




Di bahagian luar, crossover premium ini hadir dengan ciri-ciri berikut:
Lampu depan LED dengan isyarat pusingan berjujukan dan lampu nyalaan siang (DRL)
Lampu depan dengan ciri Follow-Me
Lampu kaki yang akan menyala di sebelah pintu (untuk melihat keadaan lantai sebelum dipijak)
Lampu kaki sama akan menyala apabila pintu kereta dibuka menggunakan remote
Rel bumbung yang boleh menerima beban maksimum 75 kg
Rim aloi 17 inci dengan tayar 205/50 R17
Jarak kelegaan tanah 205 mm (untuk melalui laluan berbatu atau menempuhi banjir)
KABIN KERETA

Berikut adalah perincian tentang bahagian dalam Toyota Veloz:
Terdapat tiga barisan tempat duduk yang dapat memuatkan 7 orang penumpang
Barisan kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya untuk ruang simpanan barang yang lebih besar
Tempat duduk upholsteri separa kulit
Pencayaan ambien berwarna biru pada konsol tengah dan kemasan pintu
Panel infotainmen bersaiz 9 inci hadir dengan ciri sambungan berwayar/tanpa wayar Apple CarPlay/Android Auto
Paparan pelbagai info bersaiz 7 inci (empat pilihan paparan)
Tiga port usb
Pad pengecas tanpa wayar
Dua soket bulat 12V
15 pemegang botol
Sistem penyejuk udara automatik (udara sejuk akan mengalir di dalam kabin untuk mengekalkan suhu sama sebaik suhu yang ditetapkan telah dicapai)
Penumpang belakang kekal sejuk dengan sistem penyejukan pada bahagian kepala/bumbung.





CIRI KESELAMATAN TOYOTA VELOZ 2022
Toyota Veloz dilengkapkan dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkum empat sistem utama iaitu sistem pra-pelanggaran (PCS); Amaran Keluar Lorong (LDW); Pencegah Keluar Lorong (LDP); dan Kawalan Kekal Lorong (LKC).
Selain sistem TSS, model ini turut dilengkapkan dengan ciri seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), lampu suluh memandu adaptif, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan sebagainya.
Ciri lain seperti perakam video digital (DVR) didatangkan secara standard. Pembeli juga boleh mendapatkan kamera pandang belakang dengan tambahan RM350.
WARNA


Toyota Veloz ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu:
Putih
Hitam kebiruan metalik
Metalik merah
Metalik silver (dengan bumbung hitam)
Metalik biru (dengan bumbung hitam)
HARGA
Toyota Veloz 2022 ditawarkan pada harga RM95,000 atas jalan tanpa insurans, dengan jaminan selama lima tahun, tanpa had perjalanan. Setiap pembelian didatangkan dengan langganan sistem telematik kenderaan (VTS) selama tiga tahun. Sistem ini membolehkan kenderaan dikesan oleh pusat panggilan melalui signal GPS sekiranya dicuri, dan maklumat ini akan disalurkan kepada pihak berkuasa.
Apa pendapat anda tentang Toyota Veloz 2022? Berbaloi atau tidak untuk dibeli pada harga lebih RM20k berbanding Alza? Kongsikan pendapat di bawah.
Baca: Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?
Baca: Toyota Veloz Masih Belum Dilancar, Tapi Tempahan Sudah Cecah...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF5658
SELANGOR
BSR5062
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6757
PERAK
APJ7309
PAHANG
CFH1267
KEDAH
KGG9522
NEGERI SEMBILAN
NEK8723
KOTA KINABALU
SJS9761
KUCHING
QAB1761P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Alza AV 2022, Review Pandu Uji | MPV serba moden yang mesra pengguna dengan hanya RM75,500.
Perodua Alza 2022 telah dilancarkan di Malaysia! Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV. So... MPV segmen-B tujuh tempat duduk ni Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!
02-02-2023
[DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?
Versi telah dikemaskini: 18 perbandingan antara Toyota Veloz dan Perodua Alza.
19-10-2022
Toyota Dan Perodua Miliki Tunggakan Tempahan Tinggi
UMWT dan PERODUA miliki jumlah tempahan tertunggak yang tinggi.
16-08-2022
Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Tular Di Sosial Media
Pemilik pertama Perodua Alza 2022 curi perhatian netizen.
25-07-2022
Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya
Pelancaran Perodua Alza 2022, ini maklumat terperinci mengenai harga dan spesifikasi kereta.
20-07-2022
Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!
Perodua secara rasmi membuka tempahan untuk Perodua Alza baharu.
23-06-2022
Perodua Dedah Teaser Alza D27A, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi!
Gambar teaser sebahagian kereta yang sengaja digelapkan, terpampang di Facebook rasmi, Perodua.
16-06-2022
Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan
Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus.
22-12-2023
Berita Terkini
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat