2 Produk Tiggo Dilancar, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro

Chery International, pengeluar kereta jenama Chery melancarkan dua produk baharunya, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro, di Indonesia baru-baru ini.
Ini bermakna Indonesia menjadi negara ASEAN yang menerima model pemanduan kanan pertama.
Tiggo 8 Pro merupakan kenderaan utiliti sukan yang bersaiz besar dimana ia menyasarkan golongan usahawan dan professional.

Jentera ini digabungkan dengan teknologi pintar termasuk panel meter LCD 12.3 inci, skrin sentuh kawalan iklim lapan inci, Around View Monitor 360-darjah, arahan suara serta lebih 10 fungsi Advanced Driver Assistance System (ADAS) bagi meningkatkan keselamatan.
Ia dipadankan dengan enjin 2.0 TGDI dimana ia mampu menghamburkan kuasa 254 PS dan 390 Nm tork.
Tiggo 8 Pro boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam dalam masa 7.3 saat.

Pada bahagian dalaman, terdapat tempat duduk kulit dengan fungsi memori, lapan pembesar suara Sony surround, pencahayaan ambien pelbagai warna serta bumbung panoramik yang luas.
Sementara itu, Tiggo 7 Pro kelihatan lebih kompak dan agak bergaya.
Berikut perincian Tiggo 7 Pro:
• Lampu hadapan LED matriks pintar
• Bumbung terapung
• Ada panel meter LCD tujuh inci.
• Skrin tengah 10.25 inci
• Skrin sentuh kawalan iklim lapan inci
• Kamera 360 darjah
• Pintu belakang elektrik
• Pengecasan peranti mudah alih tanpa wayar
Terdapat juga ADAS yang merangkumi fungsi kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan.
Kira-kira 22 cawangan jualan dan servis Chery kini berada dalam proses
pembinaan di sekitar Jakarta, Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi.
Chery juga berhasrat untuk membina 70 cawangan jualan dan servis untuk pasaran Indonesia serta menyediakan lebih banyak kemudahan.
Di sebalik pelancaran Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro di Indonesia, ia menandakan permulaan penting ke arah produk yang lebih maju dan pintar bagi rakyat Indonesia pada masa hadapan, termasuk kenderaan tenaga baharu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888
Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.
09-01-2026
Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas
Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.
02-01-2026
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery
Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.
04-04-2025
Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model
Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?
20-12-2024
Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas
Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan Paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.
18-09-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge