Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Tindakan Semasa & Selepas!

Musim banjir sudah tiba dan hampir setiap minggu kita mendengar berita air naik bukan sahaja di kawasan perumahan tetapi juga di jalan raya. Bagi yang tidak bernasib baik kerana terpaksa menempuhi banjir semasa di dalam perjalanan, ada beberapa perkara yang anda perlu ingat untuk lakukan semasa dan selepas banjir. Teruskan membaca.
TINDAKAN SEMASA KERETA TENGGELAM DI DALAM BANJIR
#1 Matikan enjin

Sekiranya air naik ke tahap yang tidak boleh dilalui kereta, matikan enjin secepat mungkin untuk meminimumkan kerosakan.
#2 Tinggalkan kenderaan

Perkara penting seterusnya yang anda perlu lakukan sekiranya 'bertembung' dengan banjir semasa berada di dalam kenderaan adalah untuk menyelamatkan diri daripada dibawa arus. Tinggalkan kereta yang telah ditelan banjir dan cari kawasan yang lebih tinggi atau selamat. Anda boleh kembali kepada kereta sebaik banjir surut.
TINDAKAN SELEPAS BANJIR
#1 Jangan cuba hidupkan enjin

Jangan sesekali cuba untuk menghidupkan enjin kerana berkemungkinan besar tindakan ini akan merosakkan unit kawalan enjin (ECU). Sekiranya ECU rosak, lebih banyak perbelanjaan baik pulih kereta perlu dikeluarkan.
#2 Keringkan
Memandangkan kereta telah berada di dalam air banjir buat beberapa waktu, anda perlu membiarkan kereta mengering terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya. Buka pintu dan tingkap untuk mempercepatkan pengeringan. Anda juga boleh membawa kenderaan ke bengkel untuk mengeringkan bahagian dalaman seperti enjin dan transmisi. Kos cucian dan pengeringan kereta yang telah tenggelam dalam banjir dianggarkan antara RM2,000-RM5,000 (lain ceritanya kalau mekanik tu kawan baik sendiri).
#3 Periksa kerosakan

Mulakan pemeriksaan kerosakan dengan melihat batang celup (dipstick) minyak enjin dan juga penapis udara kenderaan. Jangan hidupkan enjin sekiranya terdapat walaupun satu titis air pada mana-mana bahagian ini. Sekiranya ada, anda perlu membawa kenderaan ke bengkel untuk mengeringkan air, membuat penukaran cecair atau sebagainya. Jangan lupa juga untuk memeriksa bahagian lain yang biasanya rosak kerana air (nota: baca peringatan di penghujung artikel) seperti:
Sistem bahan api:-
-Brek
-Klac
-Stereng kuasa
-Takungan cecair penyejuk (coolant reservoir)
Sistem elektrik pada bahagian berikut:-
-Lampu hadapan
-Signal pusingan
-Penyejuk udara
-Stereo
-Kunci
-Tingkat dan tempat duduk
-Pencahayaan dalam kereta
#4 Bersihkan sisa/serpihan kotoran
Bersihkan sisa kotoran atau apa-apa serpihan yang menyumbat mana-mana bahagian kereta seperti roda, brek atau bahagian bawah badan kereta.

PERINGATAN: Sebelum anda melakukan kebanyakan tindakan “SELEPAS BANJIR” yang disarankan di atas, hanya lakukan apa yang anda mampu dan melainkan anda memiliki kemahiran teknikal mengenai kereta, lebih baik sekiranya kereta dihantar ke bengkel untuk diperiksa dan dicuci oleh mereka yang memiliki kepakaran. (INGAT: Jangan pula cuba hidupkan enjin seperti yang dikatakan dalam poin #1 untuk dibawa ke bengkel! Gunakan perkhidmatan yang sepatutnya)
Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu. Jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan lain demi manfaat ramai.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit
Lembah Klang Hujan Lebat? Ini 5 Tips Penting Pemandu KL Elak Kereta Tenggelam Banjir
21-07-2026
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Tol Rawang & Federal Highway Dilanda Banjir
Kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.
06-07-2026
Kereta Masuk Longkang, Nasib Semua Selamat
Empat sekeluarga terselamat selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam longkang ketika cuba meredah air banjir.
28-11-2025
Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Jalan Di Shah Alam Ditutup!
Beberapa laluan utama di sekitar di Shah Alam i ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
24-11-2025
Banjir 2021 Boleh Berulang, Hujan Lebat, Baik Naik Pengangkutan Awam, Ini Tips Untuk Anda!
Hujan berterusan, orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam.
24-11-2025
Selepas Letupan Gas, Kampung Tengah Dilanda Banjir
Kebanyakan penduduk sempat mengalihkan kenderaan mereka, pagi tadi.
11-04-2025
Nilai Dinaiki Air, Ada Mangsa Nyaris Dihanyut Arus Deras
Selepas Putrajaya tenggelam, Nilai, Negeri Sembilan pula dilanda banjir, semalam.
09-12-2024
Musim Banjir: Orang Ramai Dinasihat Tidak Redah Banjir
Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika memandu sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) terutamanya di negeri terjejas banjir.
02-12-2024
Berita Terkini
Ngeri Tengok Alza 'Terbang' Di Tol Damansara! Tapi Boleh Tuntut Insurans Ke?
Kenapa Peril Khas Penting?
14-10-2026
Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi
Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?
Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.
03-09-2026
Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur
Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.
26-08-2026
Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?
Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.
23-08-2026
Tular Peserta Konvoi Motor Kena Saman, Masih Ada Hati Nak Konvoi Ke Thailand?
Ini tips bagi yang nak ride ke Thailand.
18-08-2026
EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?
EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge