Ni Hsin EV Tech Lancar 2 Model Skuter Elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, Harga Bermula RM9K!
![]()
Syarikat pengeluar motosikal elektrik tempatan, Ni Hsin EV Tech (NH EV Tech) memperkenalkan dua motosikal elektrik dalam satu acara baru-baru ini.
Dua model motosikal itu ialah TailG Ebixon Bold dan TailG Ebixon Torq.


Kedua-dua model ini dibangunkan dengan hasil kerjasama syarikat dari China, Dongguan Tailing Motor Vehicle Co., Ltd, manakala ia dipasang di Seri Kembangan, Selangor.
Motosikal berkuasa elektrik ini ditawarkan pada harga dari RM9,000 hingga RM14,000.
Jika anda berminat untuk membeli motosikal ini, tempahan sudah pun dibuka namun penghantaran pertama kepada pelanggan dijangka berlaku selewat-lewatnya awal tahun 2023.

Sebelum anda membuat tempahan, ini yang anda patut tahu!
Bagi model TailG Ebixon Bold , ia digandingkan dengan dua bateri lithium 72V/22Ah dan dihubungkan kepada motor brushless 72V dimana ia mampu menghamburkan kuasa 1.5 kW dan tork 35 Nm.
Apa yang menarik, setiap bateri ini seberat 11 kg dan ia boleh ditanggalkan untuk dicas manakala berat keseluruhan Bold adalah 91 kilogram (kg) dan ia boleh menampung berat sehingga 252 kg.





Skuter ini dikatakan mampu membawa berat penunggang dan pembonceng sekitar 162 kg.
Ia boleh bergerak sejauh 120 kilometer dan laju maksimum adalah 70 kilometer sejam.
Model Bold ini turut dipadankan dengan rim 13 inci dengan tayar 130/60 di hadapan, rim 12 inci dengan tayar 120/70 di belakang, terdapat panel instrumen LCD, soket pengecas USB termasuk lampu jenis LED.
Sementara itu, model TailG Ebixon Torq pula dilengkapi dengan bateri bersaiz besar.
Model ini mempunyai dua unit bateri lithium 72 volt 50 Ah, dengan berat masing-masing 23 kg dan motor elektriknya mampu menghasilkan kuasa 5 kW dan tork 74 Nm.
Ia boleh bergerak sejauh 200 kilometer disebabkan saiz baterinya dan kelajuan maksimumnya mencecah sehingga 90 km/j.
Bagaimanapun, saiz rimnya agak kecil berbanding Bold iaitu 12 inci.





Menyentuh mengenai cas pengecasan, kedua-dua model ini mempunyai sedikit persamaan kerana ia menggunakan pengecas berasingan yang disambung kepada sumber domestik.
Ia mengambil masa antara dua hingga lapan jam untuk pengecasan sepenuhnya.
Terdahulu, Pengarah Urusan NH EV Tech, Khoo Chee Kong berkata, pihaknya menyasarkan untuk menjual 15,000 unit skuter berkenaan dalam tempoh tiga tahun meliputi rantau Asia Pasifik.


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC3681
SELANGOR
BSQ7616
JOHOR
JYY5247
PULAU PINANG
PSC9848
PERAK
APJ1874
PAHANG
CFG7625
KEDAH
KGG4901
NEGERI SEMBILAN
NEK6414
KOTA KINABALU
SJS3901
KUCHING
QAB9782N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat