ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Varian XL Single Cab Sesuai Diguna Untuk Kerja-Kerja Lasak, Harga Pun Boleh Tahan!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ada berita baik buat penggemar trak pikap FORD!

Ini kerana Sime Darby Auto Connexion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah memperluas barisan Ranger generasi baharu dengan menambahkan satu lagi varian iaitu 2.0 liter XL 4x4 Single Cab.


Ia dijual  pada harga RM98,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Semenanjung Malaysia), dan RM104,388  di Sabah dan Sarawak).

Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White dan Meteor Grey.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, biarpun ramai pelanggan memilih Ranger untuk gaya hidup, tetapi pihaknya  tetap memberi perhatian terhadap segmen pelanggan yang menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja berat. 

“Menerusi tambahan varian XL Single Cab dalam barisan Ranger generasi baharu, pelanggan kini mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih trak pikap mengikut keperluan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.


Untuk makluman anda, Ranger XL ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan 170 PS @405Nm.


Ini dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan baharu yang memakan masa selama empat tahun untuk dibangunkan, dimana ia menampilkan set gear serba baharu dengan peralihan yang lebih lancar.

Sama seperti semua barisan Ranger generasi baharu, varian XL Single Cab menerima kelebihan iaitu jarak antara roda lebih panjang 50mm.

Ini bermakna ia memberikan  kestabilan yang lebik baik ketika berada di atas jalan atau off-road.


Apa yang lebih penting, dengan kelebihan ukuran dimensi yang terlibat itu, Ranger XL Single Cab ini menawarkan ruang kargo tunggal yang paling besar bagi sesebuah trak pikap dalam pasaran ketika ini. 


Dengan ukuran 2,332 mm panjang, 1,420 mm lebar dan 540 mm tinggi,ruang kargo di belakang membolehkan pelanggan untuk membawa lebih banyak barangan atau memuatkan barangan bersaiz besar dan panjang seperti kepingan papan panjang untuk binaan atau palet bersaiz penuh. 


Jarak kelegaan tanah juga lebih tinggi iaitu 230 mm.

Malah, terdapat juga enam cangkuk kargo yang diletakkan pada tiub landasan logam bagi memudahkan pengguna mengikat barangan dengan selamat.


Menjengah bahagian luarannya, Ranger XL Single Cab tampil ringkas dengan rim 16-inci aloi, gril depan kelihatan standard, bampar depan dan bampar belakang berwarna hitam.


Ia juga digandingkan dengan lampu utama halogen,lampu kabus belakang, cangkuk penyelamat di depan, lampu nyalaan siang dan lampu henti LED di belakang.


Menyentuh mengenai ruang dalamannya, ia hadir dengan skrin sentuh 10.1-inci yang pertama dalam kelasnya serta sistem infotainmen dan komunikasi Ford SYNC® 4A dengan Apple CarPlayTM dan Android AutoTM tanpa wayar.


Bagaimanapun, panel instrumen lapan-inci digital pula telah menggantikan sistem analog dimana lebih banyak maklumat dipaparkan untuk pemandu.


Selain itu, ada dua slot USB dimana salah satu soket berkuasa 12-volt.



Mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, jentera gergasi ini didatangkan dengan  dua beg udara, sistem brek cegah kunci (ABS) dengan agihan daya brek elektronik dengan kawalan cengkaman, kawalan turun bukit, bantuan daki bukit, penghindaran daripada terbalik dan kawalan olengan bahagian belakang.

Ranger XL Single Cab ini juga didatangkan jaminan pengeluar selama lima-tahun atau 160,000 km.

Lebih menarik, pelanggan  boleh juga memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan sehingga tujuh-tahun.


Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2481

SELANGOR

BSP195

JOHOR

JYU4360

PULAU PINANG

PSB2741

PERAK

APG4968

PAHANG

CFG1528

KEDAH

KGF2077

NEGERI SEMBILAN

NEJ9820

KOTA KINABALU

SJR2831

KUCHING

QAB5253N

Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.