- Berita
- Berita Auto
- Acara Ford Inner Circle Pertama M’sia Anjuran Sime Darby Auto ConneXion Khas Buat Pelanggan Ranger!
Acara Ford Inner Circle Pertama M’sia Anjuran Sime Darby Auto ConneXion Khas Buat Pelanggan Ranger!

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), baru-baru ini telah mengadakan acara Ford Inner Circle yang bertemakan Krismas buat pertama kalinya di Malaysia. Acara yang berlangsung di bilik pameran flagship Ford di Sime Darby Motors City di Ara Damansara itu diadakan untuk meraikan pelanggan Ranger generasi baharu.


Menurut SDAC, “Kami sangat berterima kasih kepada semua pelanggan setia atas kepercayaan yang berterusan, yang telah menyebabkan kami wujudkan Ford Inner Circle. Hasrat kami adalah untuk memberikan layanan yang lebih baik melalui pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh.
Semua pelanggan Ranger, Raptor dan Everest generasi baharu akan dimasukkan secara automatik ke dalam lingkungan (Ford Inner Circle) ini dan akan menerima kelebihan eksklusif sebagai tambahan kepada sesi latihan mendalam untuk mengenali kenderaan mereka dengan lebih baik.”
Ford Inner Circle




Diwujudkan khas untuk pasaran Malaysia, Ford Inner Circle merupakan sebuah platform berasaskan komuniti yang diwujudkan SDAC untuk memberikan kelebihan kepada pelanggan Ranger, Raptor dan Everest generasi baharu, antara kelebihannya adalah:
Akses kepada sesi penyesuaian kenderaan berjadual di bilik pameran Ford di seluruh negara.
Potongan harga 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways yang pertama.
Jemputan ke acara VIP dan acara eksklusif yang lain.
Sesi penyesuaian kenderaan berjadual di bilik pameran Ford memberi peluang kepada para pelanggan untuk menguasai kelengkapan berteknologi tinggi dan pelbagai ciri pintar lain supaya pelanggan dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang terdapat pada kenderaan masing-masing.
Ford Ranger Getaways

Sebagai ahli Ford Inner Circle, nikmati potongan harga 30 peratus untuk penyertaan aktiviti Ford Ranger Getaways yang pertama.
Ford Ranger Getaways meliputi pelbagai kategori minat untuk pelanggan daripada semua peringkat yang inginkan kembara pendek setempat, sama ada secara bersendiri, bersama keluarga / rakan-rakan atau mereka yang berkongsi minat yang sama.
Contoh aktiviti Ford Ranger Getaways:
Cabaran off-road
Jelajah cari makan
Juruterbang dalam sehari mengelilingi KLCC
Pemanduan off-road berjadual di M4TREC
Sertai Ford Ranger Getaways
![]()
Senarai lengkap aktiviti Ford Ranger Getaways dari bulan Januari hingga Jun 2023 boleh dilihat di platform e-dagang SDAC-Ford. Melalui platform tersebut, pelanggan boleh memilih kembara Ford Ranger Getaways yang diinginkan dan tarikh yang sesuai.
Untuk lebih maklumat tentang Ford Inner Circle, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my.
ARTIKEL BERKAITAN
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia
Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.
25-11-2025
Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*
Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.
14-11-2025
Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?
SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.
12-08-2025
Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.
27-03-2025
Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.
24-02-2025
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford
Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.
20-06-2024
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K
Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.
30-05-2024
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge