Anak 4 Tahun Ini Masih Belum Tahu Ibu, Ayah, Adik Maut Kemalangan

“Dah sihat nanti, nak ayah belikan dinosaur,” itulah kata-kata seorang anak kecil berusia 4 tahun semasa berada di hospital selepas seluruh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan pada hari Sabtu lalu di Jambatan Bainun, Lumut, Ipoh.
Kemalangan yang berlaku pada jam 11.07 malam itu telah mengorbankan ayah mangsa, Mohamad Adam Che Embi, 33, ibu, Nurhamizza Hamdan, 32, dan juga adik bongsunya, Mohamad Aisy Hakim, 2. Dua adik-beradik, Mohamad Hakimi Amsyar Mohamad Adam, 4, dan Nur Aisyah Umairah, 6, terselamat dalam tragedi tersebut.

Kejadian yang menyebabkan dua beradik menjadi yatim piatu ini berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki untuk pulang ke rumah di Segari berlanggar dengan SUV Chevrolet Captiva. Selepas rempuhan, pasangan suami isteri tersebut tersepit, manakala anak bongsu mereka, tercampak keluar.

Menurut Harith Hamdan, adik kepada arwah Nurhamizza, anak saudaranya yang berusia 4 tahun itu, Mohamad Hakimi Amsyar, yang digelar manja sebagai ‘abang’ sudah terjaga dan mula makan. Namun, dia masih belum diberitahu mengenai pemergian tiga ahli keluarganya yang lain.
“Mungkin belum ada yang beritahunya (abang) lagi. Ini kerana, abang ada cakap dengan opahnya, jika dia sudah sihat dan keluar hospital, abang mahu minta ayahnya beli dinosaur yang besar untuk bermain.

“Kakaknya, Nur Aisyah Umairah pula sudah tahu mengenai tiga ahli keluarganya telah tiada, namun asyik menangis,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Kosmo.

“Mungkin pihak hospital mengambil sikap berjaga-jaga dan masih mahu terus memantau keadaan mereka, cuma yang saya tahu dua beradik itu dalam keadaan stabil serta mahu segera keluar hospital.

“Kami pun ada meminta untuk membawa mereka keluar (dari wad) sekejap, tetapi tidak dibenarkan dan berharap anak saudara saya itu dapat pulih sepenuhnya dan keluar dalam masa terdekat,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Penunggang Motosikal Dalam Bahaya: Ramai Terlibat Kemalangan Maut
Nahas motosikal semakin menakutkan.
23-07-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

