ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anak 4 Tahun Ini Masih Belum Tahu Ibu, Ayah, Adik Maut Kemalangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



“Dah sihat nanti, nak ayah belikan dinosaur,” itulah kata-kata seorang anak kecil berusia 4 tahun semasa berada di hospital selepas seluruh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan pada hari Sabtu lalu di Jambatan Bainun, Lumut, Ipoh.


Kemalangan yang berlaku pada jam 11.07 malam itu telah mengorbankan ayah mangsa, Mohamad Adam Che Embi, 33, ibu, Nurhamizza Hamdan, 32, dan juga adik bongsunya, Mohamad Aisy Hakim, 2. Dua adik-beradik, Mohamad Hakimi Amsyar Mohamad Adam, 4, dan Nur Aisyah Umairah, 6, terselamat dalam tragedi tersebut.




Kejadian yang menyebabkan dua beradik menjadi yatim piatu ini berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki untuk pulang ke rumah di Segari berlanggar dengan SUV Chevrolet Captiva. Selepas rempuhan, pasangan suami isteri tersebut tersepit, manakala anak bongsu mereka, tercampak keluar. 




Menurut Harith Hamdan, adik kepada arwah Nurha­mizza, anak saudaranya yang berusia 4 tahun itu,  Mohamad Hakimi Amsyar, yang digelar manja sebagai ‘abang’ sudah terjaga dan mula makan. Namun, dia masih belum diberitahu mengenai pemergian tiga ahli keluarganya yang lain. 


“Mungkin belum ada yang be­ritahunya (abang) lagi. Ini kerana, abang ada cakap dengan opah­nya, jika dia sudah sihat dan keluar hospital, abang mahu minta ayahnya beli dinosaur yang besar untuk bermain.




“Kakaknya, Nur Aisyah Umairah pula sudah tahu mengenai tiga ahli keluarganya telah tiada, namun asyik menangis,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Kosmo.




“Mungkin pihak hospital mengambil sikap berjaga-jaga dan masih mahu terus memantau keadaan mereka, cuma yang saya tahu dua beradik itu dalam kea­daan stabil serta mahu segera keluar hospital.




“Kami pun ada meminta untuk membawa mereka keluar (dari wad) sekejap, tetapi tidak dibenarkan dan berharap anak saudara saya itu dapat pulih sepenuhnya dan keluar dalam masa terdekat,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.