Jualan Kereta Proton Semakin Melonjak Walaupun Ada Isu Bekalan

PROTON X50.
Proton berjaya menjual 11,316 buah kenderaan pada bulan lalu walaupun terpaksa berhadapan dengan isu bekalan sementara.
Angka ini menunjukkan penurunan sebanyak penurunan sebanyak 13.1% berbanding bulan Oktober 2022.
Sebaliknya, jumlah jualan keseluruhan dari bulan Januari hingga November (YTD) mencatatkan sebanyak 126,682 unit iaitu lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas, yang cuma merekodkan 114,708 unit.
Malah, pegangan pasaran bagi bulan November dianggarkan sebanyak 17.7% dan untuk tahun ini, PROTON mengekalkan pegangannya di kedudukan kedua dalam jadual jualan dengan 19.7% daripada jumlah jualan kenderaan.
-full_normal.jpg)
PROTON EXORA.
Dianggarkan Jumlah Volum Industri (TIV) untuk tahun 2022 akan mencatat rekod dan menghampiri 700,000 unit setelah pasaran automotif Malaysia menikmati bulan keempat berturut-turut melebihi 60,000 jualan.
Jualan dilihat semakin meningkat kerana lima model Proton telah melebihi jumlah volumnya dari tahun 2021 dengan dua model, Proton X50 dan Proton Exora, menerajui segmen masing-masing sepanjang tahun.
Berikut jualan model secara individu untuk November 2022 (termasuk eksport).

Malah, jualan eksport juga meningkat lebih 2,000 unit berbanding tahun sebelumnya kerana jualan YTD kini berjumlah 5,028 unit berbanding 3,018 bagi keseluruhan tahun sebelumnya.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, November merupakan bulan jualan penuh peristiwa untuk PROTON kerana pihaknya mengalami beberapa isu bekalan sementara yang menghalang mereka daripada mencapai potensi penuh.
-full_normal.jpg)
ROSLAN.
“Bagaimanapun, kami yakin dapat membetulkannya pada bulan Disember dan kekal yakin untuk menutup tahun ini dengan lebih kukuh.
“PROTON akan menamatkan tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan tahun keempat berturut-turut. Selain daripada memberi manfaat kepada syarikat, peningkatan dalam jualan juga telah meningkatkan jumlah komponen yang dibeli daripada vendor tempatan, menambah bilangan pengedar kami dan mewujudkan pekerjaan untuk ekosistem automotif,” katanya.
Dengan pengenalan model baharu dalam perancangan untuk 2023, Proton berharap dapat meningkatkan sumbangan kepada ekonomi Malaysia dengan membuat lebih banyak pelaburan tempatan, menjual lebih banyak kenderaan, dan mengembangkan lagi pasaran eksportnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kepada Pelanggan Proton, Jangan Lepaskan Peluang Sertai Kempen "My PROTON, My New Ride"
Proton sedang mengadakan kempen baharu, “My PROTON, My New Ride.
18-03-2022
Lebih RM200 Juta Dilabur, Besarkan Kilang Proton di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (PROTON) telah memulakan kerja-kerja proses pembesaran kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak semalam. Satu majlis pecah tanah diadakan di kilang penghentakan baharu yang dikatakan akan bersama dengan barisan pengeluaran yang sedia ada.
23-04-2021
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge