Kakitangan Proton DiHantar Ke China Untuk Pelajari NEV

Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan tenaga baharu (NEV), Proton telah menghantar 16 kakitangannya ke Hangzhou, China baru-baru ini.
Kakitangan yang terlibat itu merupakan pekerja industri berpengalaman dan jurutera muda yang lulus dari Program Bakat Muda syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, pihaknya mahu memulakan program itu lebih awal tetapi ia ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.
“Namun selepas sekatan perjalanan dilonggarkan, seramai 16 kakitangan ini telah dihantar ke China dan mereka akan berkhidmat selama enam bulan di Institut Penyelidikan Geely di Ningbo.
“Malah, mereka juga akan dilatih dalam pelbagai bidang yang melibatkan pembangunan, penyepaduan, pembuatan, dan jualan serta perkhidmatan untuk kenderaan generasi baharu yang bakal diperkenalkan secara berperingkat,” katanya.

Menurutnya, pihak Proton telah melabur dalam pemerolehan pengetahuan untuk kakitangan kerana yakin ia adalah cara terbaik untuk syarikat bergerak ke hadapan.
“Pengalaman dan latihan yang mereka perolehi bukan sahaja akan memberi manfaat kepada syarikat tetapi secara tidak langsung, ia juga akan membantu meningkatkan tahap kemahiran industri automotif Malaysia apabila lebih ramai kakitangan dihantar untuk Latihan,” tambahnya.

Selain daripada melatih pekerja dalam pelbagai aspek NEV, latihan kerja di China akan membantu dalam menentukan spesifikasi akhir untuk produk seperti smart #1, EV pertama yang dijual oleh anak syarikat NEV PROTON, PRO-NET yang akan tiba pada suku keempat tahun 2023.
Oleh kerana corak penggunaan dan tingkah laku pengguna berbeza dari negara ke negara, maklum balas daripada kakitangan Proton adalah penting untuk memastikan ia memenuhi keperluan pembeli Malaysia.
Program latihan ini akan membantu mengukuhkan usaha kerjasama apabila kakitangan PROTON terlibat dalam pelbagai bidang lebih awal dalam proses pembangunanuntuk memperhalusi tawaran yang akan datang demi mencapai jangkaan pasaran tempatan.
Matlamat utama adalah untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu yang akan membantu mengemudi hala tuju masa depan Syarikat untuk tahun-tahun akan datang.
Difahamkan, setiap ahli kumpulan diberi peluang berkongsi pengalaman mereka dengan rakan sekerja apabila kembali nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3253
SELANGOR
BSR6274
JOHOR
JA3589J
PULAU PINANG
PSD8160
PERAK
APJ8664
PAHANG
CFH1740
KEDAH
KGH1243
NEGERI SEMBILAN
NEK9350
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200
Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.
30-03-2026
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"
Lakaran Proton Saga MPV menjadi bualan hangat di media sosial.
09-03-2026
2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013
Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...
05-02-2024
Tergoda Dengan X50 R3? Cekau Cepat, Ada 200 Unit Je
Proton menayangkan model Proton X50 R3 Concept sempena Malaysia Autoshow 2023.
03-05-2023
Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!
Sempena ulang tahun keempat Proton X70, Proton dedahkan 10 fakta mengenai SUV itu.
13-12-2022
Jualan Kereta Proton Semakin Melonjak Walaupun Ada Isu Bekalan
Proton berjaya menjual 11,316 buah kenderaan pada bulan lalu walaupun terpaksa berhadapan dengan isu bekalan sementara.
06-12-2022
Proton Mahu Pasang 60,000 Enjin 1.5 TGDI Pada Tahun Depan
Jenama automotif nasional PROTON meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI yang ke-10,000 di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.
06-12-2022
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
