Mercedes-Benz EQE 350+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM419K, Jarak EV 669KM!
![]()
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz EQE 350+ yang ditawarkan pada harga daripada RM 419,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.
Model terbaharu ini kini menyertai barisan EQ lain yang telah dilancarkan sebelum ini iaitu EQA, EQB, EQC dan EQS. Model ini dibina berdasarkan platform Electric Vehicle Architecture (EVA) seperti EQS dengan pelbagai elemen rekaan dan teknologi yang sama.
PRESTASI MERCEDES-BENZ EQE 350+
-full.jpg)
EQE 350+ boleh dianggap sebagai dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 90.56 kWh, yang memberi output maksimum 292 hp/565 Nm. Untuk menjamin kereta mampu mencapai jarak perjalanan yang jauh, iaitu sehingga 669KM, kelajuan tertinggi EQE ditetapkan pada 210KM/J sahaja. Model ini dapat melakukan pecutan abad 0-100 km/j dalam masa hanya 6.4 saat.
Untuk pengecasan, pek bateri model ini mengambil masa selama 8 jam 15 minit untuk dicas penuh dari 10-100 peratus menggunakan pengecas AC 11 kW. Sekiranya dicas dengan pengecas pantas DC 170 kW pula, masa yang diambil hanyalah 32 minit daripada kapasiti 10-80 peratus.
Model ini turut hadir dengan ciri Navigate bersama Electric Intelligence yang akan mencadangkan laluan terbaik berdasarkan pelbagai faktor seperti trafik, gaya pemanduan. Selain turut memaparkan kapasiti bateri semasa sama ada cukup untuk tiba ke destinasi tanpa perlu dicas.
BAHAGIAN LUAR MERCEDES-BENZ EQE 350+
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
EQE 350+ tampil dengan gaya sporty AMG Line. Ia menggunakan roda aloi lima jejari kembar AMG bersaiz 19 inci dan pakej lampu DIGITAL LIGHT yang ditampilkan dengan teknologi Adaptive Highbeam Assist Plus.
BAHAGIAN DALAM MERCEDES-BENZ EQE 350+
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG Line dengan tempat duduk sporty yang menggunakan upholsteri ARTICO dengan gentian mikro dua tona MICROCUT (hitam/kelabu). Untuk keselesaan optimum, tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan pemanas. Stereng sporty pelbagai-fungsi kereta yang turut dilengkapi pedal penukar gear ini dibalut dengan kulit Nappa. Bagi menaikkan ‘mood’ penumpang dan pemandu, EQE dilengkapi ciri menarik seperti lampu ambien aktif.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Untuk keselesaan, kereta dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut:
-KEYLESS-GO
-Pakej USB Plus
-Penutupan dan penguncian but belakang jarak jauh
-Pengecas tanpa wayar telefon pintar
-Kompartmen simpanan di bawah konsol tengah
-Visor matahari jenis tarik (pull-out)
Dan banyak lagi!
Model ini turut menggunakan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) generasi terbaharu yang telah diperkenalkan pada EQS. Menggunakan perisian adaptif terkini, konsep kawalan dan dan paparan disesuaikan dengan pengguna dengan cadangan pemperibadian (personalised) untuk pelbagai ciri hiburan, keselesaan dan fungsi lain kenderaan.
Ciri menarik lain ialah penggunaan sistem audio 3D Burmester, integrasi Apple CarPlay/Android Auto, paparan-di-kepala (HUD), navigasi AR MBUX dan sebagainya.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ EQE 350+
-full_normal.jpg)
Didatangkan sebagai ciri standard, EQE hadir dengan pakej Driving Assistance Plus yang termasuk Active Distance DISTRONIC, bantuan henti dan gerak aktif, bantuan pengendalian aktif dengan amaran lepas tangan (hands-off), dan bantuan kekal lorong aktif. Sistem ini dapat membantu pemandu dalam pelbagai situasi.
Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan perlindungan kenderaan URBAN GUARD iaitu sistem amaran anti-kecurian dan sistem pemantauan dalam kereta. Seterusnya pakej parkir dengan kamera 360 darjah dan bantuan parkir aktif.
Berikut adalah ciri keselamatan keselamatan lain yang terdapat pada Mercedes EQE:
-Sistem pemantau tekanan tayar
-TIREFIT
-Beg udara pada bahagian tingkap
-Beg udara pada bahagian lutut
-Sistem PRE-SAFE®
-Sistem panggilan keselamatan Mercedes-Benz
HARGA MERCEDES-BENZ EQE 350+
-full_normal.jpg)
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM 419,888.00 dengan SST 10%, di atas jalan, tanpa insurans. Pembelian didatangkan dengan jaminan kenderaan selama empat tahun tanpa had perbantuan secara standard, dan bateri EV dilindungi selama 10 tahun atau 250,000 km, yang mana dahulu.
Dalam acara yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM Sagree Sardien mengumumkan bahawa MBM akan membuat pemasangan model EV termasuklah barisan kenderaan EQ di kilang yang terletak di Pekan, Pahang.
Ikut kami di Facebook untuk mendapatkan info terkini dan tergembar dalam dunia automotif.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Mercedes Akan Mula Dipasang Di Malaysia?
EV Mercedes-Benz akan mula dipasang di Malaysia.
13-12-2022
Volvo Dedah Teaser Sedan Elektrik ES90 – Kemunculan Rasmi Mac 2025
Volvo baru-baru ini telah mendedahkan teaser untuk model elektrik baharunya, ES90. Ini yang kita ketahui setakat ini...
05-09-2024
Varian Baharu Mercedes-Benz EQE 350+ 2024 Dilancarkan – Dari RM379,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) lancarkan varian baharu Electric Art Line dan varian AMG Line yang telah dikemaskini bagi sedan elektrik Mercedes-Benz EQE 350+.
24-05-2024
Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800
GWM Malaysia sebentar tadi telah melancarkan sedan elektrik, Ora 07. Ini spesifikasinya...
03-04-2024
Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam
Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan!
01-04-2024
Berita Terkini
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
