Model CKD C40, Cuma Ada 1 Varian, 408 hp, Tork 660Nm, Harga RM289K

Setelah berbulan menanti, akhirnya Volvo Car Malaysia melancarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam satu acara pagi tadi.

Jentera ini yang cuma hadir dalam satu varian dikatakan menggunakan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya P8 AWD dan dijual pada harga RM 288,888. '
Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam ini digandingkan dengan dua motor elektrik di setiap gandar roda hadapan dan belakang.

Dari segi prestasinya, ia menghamburkan kuasa 408 hp manakala tork maksimumnya ialah 660Nm.
Ini bermakna crossover sporty ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.7 saat. Untuk makluman anda, had kelajuan jentera ini dihadkan kepada 180 km/j.
Seperti sedia maklum, Volvo mengehadkan had kelajuan untuk semua model baharu semata-mata untuk mengurangkan kadar kematian.
-full.jpg)
Fuh sungguh hebat.
Menjengah bahagian luarannya, lampu hadapannya adalah jenis LED dan dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) signatur tukul Thor manakala grilnya pula tertutup menyebabkan ia kelihatan sedikit aneh.
Sementara itu, jentera ini kelihatan sporty manakala lampu belakangnya jenis LED juga dilihat agak mengancam kerana menghasilkan baris berwarna merah.

Apa yang mengejutkan jentera ini tiada sebarang butang untuk menghidupkan enjinnya sebaliknya hanya perlu membawa kunci bersama dan terus meletakkan tombolnya pada D untuk bergerak.

Bagi bahagian belakangnya pula, terdapat dua spoiler di bahagian bumbung dan belakang but.

Dari segi infotainmennya, terdapat skrin 12 inci dimana ia amat memudahkan pemandunya jika mahu mencari lokasi yang ingin dituju, lokasi pengecasan dan melihat peta.
Seperti biasa, jentera ini juga tidak ketinggalan daripada menerima sambungan Google, Google Play dan Google Assistant.


Berikut adalah perinciannya:

• Rim 19-inci
• Kemasan Black Diamond Cut
• Skrin sentuh 9 inci.
• Ruang but 31 liter
• Kluster instrumen digital 12-inci

• Sistem audio Harman Kardon 600-watt
• 13-pembesar suara
• Bumbung panaromik

• Pengecas tanpa wayar Qi
• Kawalan pendingin dwi-zon dengan corong belakang
• Kerusi depan menggunakan larasan elektrik
Ciri keselamatan:
• Sistem amaran trafik lintasan belakang
• Amaran titik buta
• Bantuan Kekal Lorong
• Brek kecemasan automatik dengan keupayaan mengesan kenderaan lain, pejalan kaki, penunggang basikal dan bintang liar.
• Kawalan Amaran Pemandu
• Run-Off Road Mitigation dengan Road Edge Detection, Oncoming Lane Mitigation, Blind Spot Information System (BLIS) dengan Steer Assist dan Cross Traffic Alert (CTA) dengan Autobrake.

Mengenai baterinya, jentera ini disumbat dengan pek bateri lithium-ion 78 kWj sekali gus, membolehkannya bergerak sejauh 450 kilometer dengan satu caj penuh mengikut kitaran WLTP.

Apa yang cukup menarik ialah jika anda menggunakan pengecas 150 kW DC, anda hanya perlu menunggu 28 minit sementara menunggu baterinya penuh.


Model ini juga merupakan model pertama Volvo yang tidak menggunakan bahan yang diperbuat daripada kulit sebaliknya menggunakan material sintetik berteknologi tinggi.

Bagi yang berminat untuk membeli SUV elektrik pertama Volvo ini, ia hadir dalam lima pilihan warna iaitu Crystal White, Black Stone, Fjord Blue, Thunder Gray dan Sage Green.
Ia menerima perlindungan waranti untuk kereta selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta waranti khas untuk bateri lithium-ion selama 8-tahun atau 160,000 km.
Malah, VCM juga memberikan bantuan tepi jalan Volvo on Call selama lima-tahun, servis selepas jualan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun atau 100,000 km termasuk Digital Service selama empat tahun.
Mengenai tempahannya, ia sudah boleh ditempah bermula esok. Apa pandangan anda mengenai Volvo C4O ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat