Info MS11 EV Bocor Di Internet

Sebut sahaja mengenai Xiaomi, sudah pasti ramai yang mengenai jenama popular ini.
Biarpun sinonim dengan pengeluaran telefon pintar termasuk pelbagai produk berteknologi seperti vakum hingga peti sejuk, namun jangan terperanjat dengan berita ini.

Syarikat teknologi dari China ini bakal melancarkan pengeluaran kenderaan elektrik pertamanya pada 2024 dengan memperkenalkan MS11 EV.
Beberapa maklumat mengenai jentera ini sudah pun bocor di internet.
Namun sebelum itu sedikit info mengenai Xiaomi, ia sebenarnya telah membangunkan MS11 EV ini pada 2021 dengan membeli syarikat teknologi pemanduan autonomi, Deepmotion Tech sebelum membina kilang pembuatan EV.
Bertitik tolak dari situ, sudah ada desas-desus yang mengatakan bahawa MS11 EV akan dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.
Berbalik kepada maklumat yang bocor itu, nampaknya Xiaomi sememangnya sentiasa mengorak setapak ke hadapan berbanding seterunya.

Ia kelihatan sama seperti McLaren terutamanya pada lampu hadapan serta bentuk bampar.
Apa yang pasti rekaan tubuh yang aerodinamik membuatkan ia kelihatan lebih mantap.
Malah, bagi membuatkan ia kelihatan lebih sporty, MS11 dilengkapi lubang fender hadapan dan belakang selain digandingkan dengan brek Bembo berwarna kuning terang.

Menjengah bahagian belakangnya, terdapat bar lampu belakang lebar penuh selain rimnya yang kelihatan mirip dengan Lamborghini Huracan Evo.
Selain itu, terdapat juga pengesan Lidar yang dipasang di atas bumbung dan bahagian flush door handles diberikan sentuhan teknologi.
Di sebalik info ini, Xiaomi masih belum mendedahkan spesifikasi terperinci mengenai jentera baharunya namun sumber di internet mengatakan bahawa jentera itu akan menggunakan bateri yang dibekalkan oleh CATL dan BYD.

Dikhabarkan sejurus ia dilancarkan nanti, ia bakal bersaing dengan kereta seperti Sony dan sedan Honda Afeela.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge