Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...

Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif yang diberikan dalam usaha untuk memberi pampasan yang bersesuaian dengan tempoh masa yang dihabiskan sekiranya pemandu terpaksa berdepan dengan kesesakan trafik.
“Kami mendengar, dan kami akan menyemak semula struktur tambang supaya tambang yang dikenakan lebih berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan perjalanan dan kurang pada jarak perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kiraan kadar tambang yang terkini adalah seperti berikut:
Tambang asas + (jarak perjalanan x tambang per kilometer iaitu RM0.25) + (tempoh perjalanan x tambang per minit iaitu RM0.43).
Di Lembah Klang, tambang per minit telah dinaikkan daripada 20 ke 43 sen (kenaikan 215%), sementara tambang per kilometer pula dikurangkan daripada 70 ke 25 sen (penurunan 64%), bermula 16 Januari 2023.
Tambang asas dan minimum masih dikekalkan pada paras RM2 dan RM5. Menurut syarikat tersebut, kadar ini telah diperbaharui berdasarkan maklum balas daripada pemandu.

Waktu puncak untuk Grab adalah dari jam 7 pagi ke 9 pagi dan 5 petang ke 8 malam.
Perubahan tambang ini bagaimanapun mengecewakan Naib Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Mohd Azril Ahmat kerana menurutnya ramai pemandu memilih untuk bekerja diluar waktu puncak.
Ujarnya, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada beberapa pemandu, dijangkakan pendapatan akan berkurang sekurang-kurangnya 30% daripada biasa.
Far Pick Up Bonus
Selain itu, Grab turut memperkenalkan Far Pick Up Bonus kepada pemandu yang terpaksa menempuhi kesesakan semasa dalam perjalanan mengambil penumpang.

Pemandu akan menerima pampasan sebanyak RM0.35 bagi setiap minit tambahan selepas lebih daripada 5 minit sehingga penumpang diambil. Far Pick Up Bonus digunakan untuk menggantikan Time Booster dan Cashback Bonus.
Pekali Hourly Cashback
Insentif baharu lain yang diperkenalkan ialah pekali Hourly Cashback. Dengan cashback ini, pemandu akan menerima sehingga 16% tambahan ke atas tambang perjalanan sekiranya kriteria yang ditetapkan dipenuhi.

Berdasarkan jumlah tempahan yang diselesaikan dalam tempoh sebulan atau empat minggu, pemandu boleh menyahkunci pekali antara 1x hingga 2x. Seterusnya pekali tersebut akan didarabkan kepada Hourly Cashback berdasarkan jadual yang disediakan.

Di bawah menunjukkan situasi untuk penerangan lebih jelas:

Sumber: Grab
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP4940
SELANGOR
BST5760
JOHOR
JD9231J
PULAU PINANG
PSF4414
PERAK
APL3750
PAHANG
CFH6836
KEDAH
KGH9789
NEGERI SEMBILAN
NEL7664
KOTA KINABALU
SJT9792
KUCHING
QAB5392P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark
Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.
10-09-2026
Percayakah Anda Sistem MLFF Mampu Caj Tol Kereta Dengan Betul ?
Betul Ke Sistem MLFF Malaysia Boleh Kenal Pasti Kereta Anda Tanpa Salah?
10-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?
Respons Bantuan Lebuh Raya BESRAYA, NPE & LEKAS Kini Lapan Minit.
09-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?
E-Hailing Khas Wanita: MOT Mahu Pemandu & Penumpang "Puan".
08-09-2026
Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor
RXZ Tular: Dr Akmal Mengalah, Hadiah Tetap Milik Makcik 54 Tahun.
08-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat