Betul Ke UMW Toyota Nak Tayang 5 Model Sport Pada 17 Ini?

Ada desas-desus mengatakan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) akan melancarkan lima model sport pada Jumaat ini.
Ia susulan UMW Toyota ada menyiarkan beberapa imej teaser dengan moto yang tertera perkataan “Awaken The Beast” menerusi laman sesawangnya semalam.
Berdasarkan pengamatan penulis kelima-lima model itu dilihat seolah-olah Toyota GR Supra A90, Toyota GR 86 Toyota GR Corolla.

Selain itu, terdapat dua model GR Sport yang juga akan didedahkan pada hari yang sama iaitu Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport.

Sekadar info, Toyota GR86 sudah pun dilancarkan di peringkat global dua tahun lalu.
Untuk makluman, ia disumbat dengan enjin 2,400 cc Boxer dimana ia mampu menghamburkan kuasa 232hp dan tork 250Nm.

Kesemua kuasa dihantar ke tayar belakang menerusi gear manual 6 kelajuan.
Maka tidak hairanlah, mengapa GR 86 dalam versi manual ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.3 saat
Sama juga buat GR Corolla, ia juga sudah menembusi pasaran ASEAN pada tahun lalu.
Ia digandingkan dengan enjin yang sama seperti GR Yaris iaitu tiga-selinder 1.6 liter serta kotak gear enam kelajuan manual pintar (i-MT) dimana ia mampu menghasilkan 300hp dan tork 370Nm.
Sementara itu, model pacuan semua roda pula disumbat dengan enjin 3 silinder G16E-GTS 1600cc yang menjana 300 kuasa kuda dan 370Nm tork. Semua kuasa akan disalurkan pada sistem pacuan semua roda GR-Four dengan transmisi manual 6 kelajuan.
Bagaimanapun, model Hilux GR Sport dan juga Corolla Cross GR Sport sudah masuk ke Thailand namun hanya menerima kemasan kosmetik.

Jadi, masih tidak pasti apakah spesifikasi yang akan disumbat untuk kedua-dua model untuk pasaran Malaysia.
Jadi, tunggu pengumuman rasmi UMW Toyota nanti pada 17 Februari ini!
Teruskan bersama Caricarz.Com..
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7931
SELANGOR
BSR5459
JOHOR
JA1389J
PULAU PINANG
PSD7196
PERAK
APJ7713
PAHANG
CFH1450
KEDAH
KGH325
NEGERI SEMBILAN
NEK8946
KOTA KINABALU
SJT452
KUCHING
QAB1851P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.
12-04-2025
Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras
Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.
21-03-2024
Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan
Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus.
22-12-2023
Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!
UMWT telah mempamerkan satu daripada enam unit Toyota bZ4X yang dibawa masuk ke Malaysia.
12-05-2023
Toyota Makin Laku, Jangan Risau Jika Nak Tempah Vios
Jualan UMW Toyota meningkat pada bulan lalu berbanding bulan sama 2022.
08-05-2023
Berita Terkini
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat