Ford Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran Bateri EV Di AS Dengan Rakan Kongsi China, CATL

Logo Ford
Ford Motor Co. (Ford) dan Contemporary Amperex Technology Co Ltd. (CATL) dikhabarkan sedang merancang untuk membina sebuah kilang bateri di Michigan, Amerika Syarikat (AS) sebagai penyelesaian kepada isu ketegangan geopolitik antara AS dan China, dedah sumber yang dipercayai.
Sumber tersebut yang tidak mahu dikenali berkata, pembukaan kilang bernilai jutaan dolar yang terletak kira-kira 100 batu di barat Detroit itu nanti akan membuka sekitar 2,500 peluang pekerjaan. Jelasnya lagi, perjanjian mengenai pembukaan kilang itu akan diumumkan seawal minggu hadapan.
Walaupun pada ketika ini terdapat ketidakpastian tentang bagaimana Jabatan Perbendaharaan AS akan mentafsir keperluan dalam pakej iklim, Akta Pengurangan Inflasi di bawah Presiden Joe Biden, Ford merancang untuk meneruskan projek tersebut. Undang-undang itu bertujuan untuk menafikan kredit cukai pengguna bagi kenderaan elektrik (EV) yang menggunakan sejumlah bahan yang dihasilkan oleh negara China di dalam bateri.
Ford, dalam kenyataannya melalui emel mengatakan, “Kami sedang meneroka bateri berdasarkan teknologi CATL untuk kenderaan Ford dan kami juga merancang untuk menyetempatkan” pengeluarannya di Amerika Utara. Syarikat tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi spesifik atau butiran lain mengenai projek tersebut.

CATL memiliki kepakaran dalam penghasilan bateri litium ion untuk EV
Tahun lalu Bloomberg melaporkan, pengeluar kenderaan AS (Ford) dan pengeluar bateri EV terbesar dunia (CATL) itu telah mengadakan perbincangan mengenai pembinaan kilang bateri yang bakal dimiliki oleh Ford 100%. Dikhabarkan, kakitangan Ford akan terlibat dalam pengeluaran dan penghasilan bateri, sementara CATL pula akan memegang hak teknologi bagi menghasilkan sel bateri tersebut.
Pengaturan ini bakal melayakkan syarikat untuk tetap menerima kredit cukai pengeluaran yang lumayan di bawah Akta Pengurangan Inflasi selain tidak memerlukan pelaburan kewangan daripada CATL.
Pada bulan Julai tahun lalu, Ford pernah mengumumkan bahawa syarikatnya akan menggunakan pek bateri litium besi fosfat CATL yang lebih murah untuk model Mustang Mach-E tahun ini dan pikap F-150 Lightning pada awal 2024, sekaligus dapat meningkatkan pengeluaran kenderaan popular tersebut. Ford telah menyatakan bahawa ia berhasrat untuk membekalkan 40 gigaton bateri di Amerika Utara setiap tahun menjelang 2026, tetapi akan dimulakan dengan import dari negara China.

Mustang Mach-E
Sumber: The Edge Markets
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge