ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kecoh, Honda City Facelift 2023 Akan Dilancar Di India

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kecoh apabila beberapa gambar Honda City 2023 bocor di internet dimana jentera itu dijadualkan akan dilancarkan di India dalam tempoh terdekat ini.

Berdasarkan imej dan sumber dalaman dari India, model ini cuma menerima sediikit perubahan dari bahagian luaran dan dalaman.

Di bahagian luaran, perubahan ketaranya boleh dilihat dari grilnya memandangkan panel krom kini lebih nipis manakala elemen gril sarang lebah diberikan rekaan yang  lebih besar. 


Melihat ke bawah lagi, gril pada bampar hadapannya juga dilihat lebih besar berbanding sebelum ini.

Tidak ketinggalan, terdapat juga perumah lampu kabus perumah pada sebelah sisi yang dihubungkan kepada gril tengah.

Menjengah bahagian dalamannya, foto yang tersebar itu menunjukkan ia bermotifkan kemasan serba hitam yang lebih berkelas.


Sumber  di India itu turut mendakwa bahawa antara penambahan ciri yang baharu ialah pad pengecas telefon pintar tanpa wayar dan mungkin tempat duduk berventilasi, namun kebanyakannya mungkin eksklusif untuk pasaran India sahaja.

Datang kepada trenkuasanya, Honda City dikatakan menawarkan beberapa pilihan di India bermula dengan enjin biasa iaitu 1. 5 liter i-VTEC, 4-silinder  yang menghamburkan 121 kuasa kuda yang digandingkan dengan pilihan transmisi sama ada 6-kelajuan manual atau CVT.

Honda juga dikatakan akan menawarkan satu lagi pilihan hibrid, Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD) yang menjana 126 kuasa kuda dan digandingkan dengan transmisi e-CVT.

Ada juga spekulasi yang mengatakan bahawa Honda City facelift 2023 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran India pada awal bulan Mac ini.

Apapun model facelift ini menyaksikan sedan kompak Honda City ini kelihatan lebih padu  baik berbanding pesaingnya yang berada di pasaran lain.

Ketika ini, pasaran sedan kompak segmen B di India telah menyaksikan persaingan yang cukup hebat.

Selain daripada facelift Honda ini, pesaingnya, Nissan Almera juga akan mendapat akan menerima beberapa perubahan tidak lama lagi, manakala Toyota juga telah memperkenalkan Vios baharu di sana.


Menyentuh mengenai harganya, sumber dalaman itu tidak mendedahkan harganya.

Namun di Malaysia,  Honda City  dijual pada harga antara RM 77,600 hingga RM 108,800, bergantung kepada varian.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF9654

SELANGOR

BSR5766

JOHOR

JA2279J

PULAU PINANG

PSD7472

PERAK

APJ8039

PAHANG

CFH1523

KEDAH

KGH651

NEGERI SEMBILAN

NEK9076

KOTA KINABALU

SJT703

KUCHING

QAB1945P

Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sampai Bila Jenayah Pemandu Mabuk, Pengaruh Dadah Terus Ragut Nyawa

Harap Ada Tuntutan Hukuman Lebih Berat: Pemandu Mabuk Punca Kematian Sia-Sia.

30-03-2026
Berita Auto

Musibah Bertimpa-Timpa, Nak Elak Anjing, Rempuh Pula 4 Kereta Termasuk Sebuah Rumah

Gara-gara hendak mengelak anjing, seorang pemandu e-hailing 'terpaksa' merempuh empat kenderaan dan sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Permas Jaya, Johor, semalam.

20-01-2026
Berita Auto

Penumpang Putus Kepala, Kemalangan Ngeri Di Kulai

Seorang lelaki putus kepala apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, Kulai.

21-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Berita Auto

Kereta Jatuh, Mujur Pemandu Selamat

Seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat satu parkir di Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban.

09-09-2024
Berita Auto

Ada Sebab Kenapa Pemilik Honda City Ini Parkir ‘Masuk Kepala Dulu’ Lebih 20 Tahun

Kebiasaannya, parkir mengundur menjadi cara letak kenderaan pilihan ramai, tetapi ini berbeza...

29-07-2024
Berita Auto

Padah Pecut Lepas Langgar Rider, Kereta Masuk Takungan Najis

Dari satu musibah ke satu musibah. Seorang pemandu kereta Honda City yang ketakutan terbabas ke dalam takungan najis.

17-07-2024
Berita Auto

Kantoi Guna Kereta Curi Lepas Terlibat Kemalangan

Selepas hancur kerana kemalangan, terbongkar rahsia kereta yang digunakan sebenarnya sebuah kereta curi.

27-06-2024

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.