Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways Akan Diadakan di Semenyih

Adakah anda berminat untuk melakukan aksi off-road tetapi malangnya anda tidak tahu bagaimana caranya?
Jika ya, ini mungkin adalah peluang keemasan untuk anda!
Untuk makluman, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan Kelas Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways di Semenyih, Selangor pada 19 Mac ini.

Menerusi kelas ini, pemilik Ford Ranger yang berminat boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan Ranger mereka.
SDAC berkata, kursus pemanduan off-road peringkat pemula ini dikendalikan oleh pasukan M4TREC yang terdiri daripada pelatih profesional bertauliah dengan HRDF yang juga pakar pemanduan off-road.
“Ini adalah cara terbaik untuk mempelajari dan mengalami sendiri asas pemanduan off-road dalam persekitaran yang terkawal.
“Peserta juga akan dapat membiasakan diri secara mendalam terhadap kenderaan mereka untuk mengenali potensi sebenar Ranger,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi yang tidak tahu mengena M4TREC, ia merupakan pusat latihan dan menawarkan pengalaman pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4WD)yang mengendalikan kemudahan latihan khusus kekal untuk 4WD yang pertama di Malaysia.
Dalam perkembangan sama, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair turut menggalakkan pembeli Ford Ranger menyertai kursus Latihan dalam mengendalikan jentera itu.
“Ia merupakan satu pelaburan terbaik yang boleh dilakukan oleh pelanggan untuk mempelajari potensi sebenar Ranger, baik untuk kegunaan keluarga, kerja atau riadah.
“Kami galakkan semua pemilik Ranger, terutamanya model generasi baharu, untuk menggunakan peluang ini bagi mendapatkan pengetahuan mendalam tentang kenderaan mereka dan meningkatkan kemahiran memandu, secara selamat dan berkesan,” jelasnya.
Pendaftaran:
Pemilik Ranger yang mendaftar untuk acara setengah hari Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways juga boleh membawa teman atau pasangan.

Menerusi kursus ini, para peserta akan mempelajari teknik asas bagaimana untukmenghadapi halangan yang disediakan, seperti Dirt Track, Roller Ramp, Frame Twister, RidgeCrossing / Slide Slope, Mud & Ruts, Rutted Track, Ditch, Hill Descend, Hill Ascend dan Mud Dash.
Ia terbuka kepada semua pemilik Ranger dan Raptor.
Usaha yang digerakkan oleh SDAC ini meliputi beberapa kategori untuk memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai latar kehidupan yang menginginkan pengembaraan setempat yang singkat, baik secara bersendirian atau dengan keluarga, rakan-rakan, atau dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.

Bagaimanpun, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai yuran pendaftaran kursus ini?
Kursus berkenaan dikenakan yuran sebanyak RM992.89 seorang, dengan maksimum dua orang peserta bagi setiap kenderaan.
Selain daripada Kursus Pemula 4WD M4TREC ini, kebanyakan aktiviti lain melibatkan jadual yang terbuka yang boleh ditempah oleh pelanggan dan dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan mengikut kesenangan masing-masing.
Slot bagi setiap Ford Ranger Getaway, termasuk Kursus Pemula 4WD M4TREC, adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang mendaftar terlebih dahulu.
Pemilik yang berminat boleh membuat tempahan dan bayaran secara dalam talian melalui SDAC-Ford e-commerce platform.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge