BMW XM Dilancar, Berikut Perinciannya, Harga Cecah Jutaan Ringgit
BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya, BMW XM dalam satu acara yang diadakan di Sentul, sebentar tadi.
Bagaimanapun sesi pra-tempahan dalam talian telah pun dibuka sejak tahun lepas.
Tempahan itu dibuka di Malaysia dalam tempoh sebulan selepas pengenalan model tersebut di peringkat global.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya cukup teruja untuk memperkenalkan BMW XM yang pertama di Malaysia.
Jentera SAV serba eksklusif ini merupakan kereta berprestasi tinggi BMW M GmbH yang pertama selain bakal menampilkan sistem pacuan M HYBRID dan meluaskan lagi keupayaan e-mobiliti dalam segmen kereta berprestasi tinggi di Malaysia,” katanya.
BMW XM hadir dengan trenkuasa hibrid, terdiri daripada bentangan V8 4.4 liter kuasa turbo berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 489 hp dan tork 650 Nm.
Bagi trenkuasa BMW XM, ia merekodkan 480 kW / 653 kk dan 800 Nm tork memandangkan ia dibekalkan melalui transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan.


Malah, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam 4.3 saat manakala kelajuan tertinggi pula 250 kilometer sejam (km/j).
Untuk makluman kelajuan tertingginya dihadkan pada paras 250 km/j (270 km/j dengan pakej M Driver, yang disertakan secara standard), manakala kelajuan tertinggi elektriknya dihadkan pada paras 140 km/j.
Menjengah bahagian luarannya, BMW XM membawakan gril “kidney” bersaiz besar dengan kisi-kisi M berkembar secara mendatar.
Ia kemudian disempurnakan dengan kontur gril “kidney” beriluminasi. Di atasnya, terletak dua kubah kuasa sebagai elemen bonet yang berperwatakan ekspresif.
Bagi menonjolkan penampilannya, terdapat set lampu hadapan yang tampak langsing dan terbahagi kepada dua modul yang berasingan, satu untuk pencahayaan waktu siang dan satu lagi untuk lampu rendah/puncak.
Jika dilihat dari sisi pula, BMW XM menyerlahkan siluet tersendiri yang hadir dengan garis bumbung yang melandai, menyebabkan ia kelihatan lebih garang.


Turut memperkayakan profil sisinya ialah jalur trim dalam rona “nightgold” yang selari dengan garisan tingkap selain t roda aloi ringan bersaiz 23 inci.
Bahagian belakang pula, BMW XM turut diserlahkan oleh lampu belakang berbentuk L yang langsing.
Sama seperti model BMW M, BMW XM juga didatangkan dengan dua paip ekzos berkembar.
Bagaimanapun, yang membezakan SAV BMW M ini ialah ia hadir dengan paip ekzos berbentuk heksagon yang disusun secara menegak.

Dari segi dimensi, panjang BMW XM berukuran 5,100 mm, lebar berukuran 2,005 mm (2,235 mm termasuk cermin sisi) dan tinggi berukuran 1,755 mm, sementara jarak rodanya pula berukuran 3,105 mm.
Ruang kargonya pula berukuran 527 liter, dan ia dapatditingkatkan kepada 1,820 liter.
Kabin
BMW XM kini dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Professional dimana ia menampilkan Paparan Informasi 12.3 inci, yang berfungsi seiring dengan Paparan Kawalan 14.9 inci untuk membekalkan pelbagai kemudahan dengan tata atur yang kemas.
Antara ciri lain ialah terdapat BMW Head-Up Display yang menjamin garis pandangan yang optimum bagi pemandu, sekali gus memudahkan lagi penggunaan kenderaan ini.
Bersama BMW Intelligent Personal Assistant, Sistem Operasi BMW 8 yang disuai untuk model M menawarkan keupayaan kawalan yang intuitif ke atas fungsi-fungsi kenderaan menggunakan pertuturan kata yang semulajadi.

Di samping itu, BMW XM juga didatangkan dengan pelbagai fungsi dan perkhidmatan digital yang lain seperti BMW ID, yang membolehkan tetapan tersuai diaktifkan sebaik sahaja kenderaan tersebut dihidupkan, selain BMW Gesture Control, pula menggunakan isyarat tangan bagi pengoperasian sesuatu fungsi.
Ciri-ciri kefungsian yang lain meliputi Connected Package Professional, Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, Connected Drive Services dan Pengintegrasian Telefon Pintar (Apple CarPlay/ Android Auto).

Dengan Comfort Access, BMW XM juga mampu mengecam kuncinya dari jarak yang ditetapkan dan menyahkunci pintunya secara automatik.
Sebagai alternatif, pemandu boleh menggunakan peranti pintar (jika ia bersesuaian) sebagai kunci tanpa sentuh menerusi BMW Digital Key Plus.
Ia membolehkan pengguna menyahkunci pintu kenderaannketika anda menghampiri kenderaan ini..
Sekitar ruang kabinnya, ia menampilkan kemasan trim gentian karbon dan ruang kabin SAV ini mengetengahkan BMW Curved Display dimanaia meliputi Paparan Informasi dan Paparan Kawalan beresolusi tinggi dengan ciri sentuh.
Di samping itu, material kulit vintaj serba baharu dapat dilihat pada panel pintu, termasuk sekitar panel instrumen .
Untuk keselesaan maksimum, terdapat fungsi ventilasi aktif pada bahagian tempat duduk selain kawalan penyaman udara automatik 4 zon dan ada juga fungsi mengurut untuk pemandu dan penumpang di hadapan.
Bukan itu sahaja, pencahayaan ambien dan BMW Iconic Sounds Electric turut membangkitkan lagi suasana ruang kabin, sementara elemen hiburan dalam kenderaan ini dibekalkan oleh sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins Diamond.
Bagi ruang kabin di belakang, keselesaan tempat duduknya dilihat bertaraf kelas pertama berikuatn kerusi belakang hadir dengan ciri lengkungan yang dirumus untuk mendakap penumpang.
Sementara itu, upholsteri kenderaan ini yang bersofistikasi tinggi pula menyuntik suasana ala “lounge” yang serba eksklusif.
Apa yang cukup menarik, material bumbung Alcantara dengan struktur 3D prismatiknya membuat kenderaan ini tampak lebih luas, ia mempamerkan mutu kerja dan keselesaan bertaraf tinggi.
Ciri-ciri keselamatan.
Jentera ini sebenarnya sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Bantuan Pemanduan Profesional yang merangkumi fungsi-fungsi seperti Bantuan Kawalan Lorong dan Steering, Bantuan Had Kelajuan Automatik, Bantuan Tukar Lorong, Kawalan Jelajah Aktif dan Amaran Keluar Lorong, Amaran Lintasan di Belakang , Bantuan Henti Kecemasan
Sementara itu, bantuan Parkir pula merangkumi Bantuan Undur, Bantuan Tempat Letak sisi, Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki dan Perlindungan Aktif .
Jika anda berminat untuk membeli jentera ini, ia didatangkan dengan beberapa pilihan warna: Cape York Green,Carbon Black, Marina Bay Blue, Toronto Red, Mineral White, Black Sapphire dan Dravit Grey.
Mengenai harganya, ia dijual pada harga RM1,398,800 dengan Pakej Waranti Lanjutan & Perkhidmatan disertakan (kedua-duanya tidak termasuk kos insurans).
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bmw.com.my/en/all-models/m-series/xm/2022/bmw-xm-overview.html.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA1655
SELANGOR
BSQ3512
JOHOR
JYX2763
PULAU PINANG
PSC4903
PERAK
APH6581
PAHANG
CFG5949
KEDAH
KGG2081
NEGERI SEMBILAN
NEK4832
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8364N
Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800
BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.
21-07-2025
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800
Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.
21-07-2025
BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800
Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).
13-06-2025
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

