Toyota Vios 2023 Dilancarkan – 2 Varian, Harga Dari RM89K
![]()
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan Toyota Vios 2023 Serba Baharu. Toyota Vios generasi ke-4 ini ditawarkan dalam dua varian iaitu varian 1.5E dan 1.5G dengan harga jualan bermula dari RM89,600 hingga RM95,500.
PRESTASI TOYOTA VIOS 2023

Dibina berdasarkan platform Seni Bina Global Baharu Daihatsu (DNGA), kedua–dua varian Toyota Vios 2023 dijana oleh enjin petrol 1.5L 4 silinder Dual VVT-i bersama transmisi CVT tujuh kelajuan dengan Sequential Shiftmatic. Output maksimum yang mampu dicapai Vios 2023 ialah 105 hp/136 Nm.
Kali ini, pengguna dapat memilih mod pemanduan (Power, Eco, Normal), selain turut dilengkapkan dengan pedal penukar gear dan brek parkir elektronik.
LUARAN TOYOTA VIOS 2023

Dari segi luaran, Toyota Vios 2023 tampil sporty dengan gaya fastback yang ditonjolkan oleh kedudukan cermin belakangnya yang menyendeng dan but belakang yang kelihatan lebih pendek. Ciri ini sekaligus meningkatkan aerodinamik kenderaan yang terbukti melalui sesi pandu uji yang kami lakukan minggu lalu. Pertama kali dalam segmen ini, varian 1.5G Vios 2023 menggunakan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci (1.5E menggunakan rim 16 inci). Rekaan yang bertemakan ‘Defy Expectations’ Vios kali ini terbukti menjangkau jangkaan.
Selain itu, varian tertingginya dilengkapi isyarat pusingan berjujukan pada lampu LED belakang, penggilap cermin jenis pengesan hujan, cermin sisi yang boleh dilaraskan/dilipat secara automatik bersama fungsi amaran titik buta, antena jenis sirip jerung dan sebagainya.
KABIN TOYOTA VIOS 2023



Bahagian dalam Toyota Vios 2023 tampil lebih mewah berbanding keluaran sebelum ini, balutan kulit digunakan pada titik sentuhan varian 1.5G seperti stereng, tempat rehat tangan pada bahagian pintu, termasuklah tempat duduk. Warna tema yang digunakan untuk ruang kabin ialah hitam dan coklat gelap.


Dari segi teknologi, Vios 2023 dilengkapi skrin infotainmen 9 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta lengkap dengan fungsi pemantau parkir 3D. Ciri istimewa pada varian 1.5G ialah panel instrumen digital 7 inci (optitron 4.2 inci pada 1.5E) dan pakej pencahayaan ambien kabin yang menyerlah pada waktu malam.


Ciri menarik lain yang didatangkan standard untuk kedua-dua varian ialah pad pengecas tanpa wayar serta kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci. Perubahan terbesar yang telah dibuat pada Vios kali ini ialah pendingin hawa khas untuk penumpang belakang.
CIRI KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023
Dibina berdasarkan platform DNGA, tahap keselamatan Toyota Vios kali ini adalah lebih baik. Vios 2023 hadir dengan pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense yang berikut:
Pencegah keluar lorong
Amaran keluar lorong
Makluman pelepasan hadapan
Sistem pra-pelanggaran
Kawalan kekal lorong*
Kawalan jelajah adaptif*
Lampu suluh tinggi automatik*
Nota: Hanya ditawarkan pada Toyota Vios 1.5G
Selain yang dinyatakan di atas, model ini dihadirkan dengan banyak lagi ciri keselamatan lain seperti bantuan brek, kawalan cengkaman, bantuan mula daki, kawalan tersalah tekan pedal, pemantau keliling panoramik 3D dan sebagainya.
WARNA TOYOTA VIOS 2023
Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu:

Silver Metallic
Nebula Blue Metallic
Spicy Scarlet (warna baharu)
Attitude Black
Platinum White Pearl
HARGA TOYOTA VIOS 2023


Seperti yang dikatakan, Toyota Vios 2023 ditawarkan dalam dua varian iaitu varian E pada harga RM89,600 dan varian G pada harga RM95,500, harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. Pembelian didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun, 24SEVEN Road Assist dan juga langganan percuma Toyota Vehicle Telematics System selama 3 tahun.
Apa pendapat anda mengenai Toyota Vios 2023 ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Lagi Kereta Terbakar, 2 Rentung
Dua rentung selepas kereta mereka naiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang sawit di Jalan Tanjung Balau, Johor Bahru, pagi tadi.
22-10-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.
20-03-2025
Ramai Kakitangan Awam Bankrap: Mampu Pakai Myvi, Janganlah Pakai Vios - KSN
Kakitangan awam perlu berbelanja mengikut kemampuan sendiri bukannya kehendak.
09-03-2025
Guru Terselamat, Kereta Dirempuh Kereta Api
Kereta yang dipandu guru itu dikatakan rosak di tengah landasan kereta api.
25-02-2025
Masalah Rumah Tangga, Punca Seorang Lelaki Bakar Kereta Isteri
Polis buru lelaki bakar kereta isteri.
03-02-2025
Kes Langgar Lari: Mujur Tiada Yang Terkorban
Polis telah menahan lima suspek kejadian berkenaan.
31-01-2025
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
