Peugeot Landtrek 2023, 1 Varian, 1 Pilihan Enjin, Harga Bermula Dari RM120K

Pengedar tunggal kenderaan Peugeot di Malaysia, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) melancarkan secara rasminya trak pikap Peugeot Landtrek 2023.
Ditayangkan secara global pada tahun 2020 namun ia baru sahaja dilancarkan untuk pasaran ASEAN.
Untuk makluman anda, trak pikap sederhana ini hanya didatangkan dengan satu varian dan cuma terdapat satu pilihan enjin.

Menyentuh mengenai enjinnya, trak pikap ini dikuasakan dengan enjin 1.9 liter empat-silinder turbodiesel yang mampu memberikan kuasa setinggi 150hp dan tork 350Nm.
Dikhabarkan, enjn diesel ini dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan selain mampu mencapai kelajuan sehingga 168 kilometer sejam (km/j).
Dari segi rekaannya, bahagian hadapannya dihiasi dengan logo singa dan hadir dengan muka signatur Peugeot.

Jika diamati dari jauh, lampu nyalaan siang LED Fang di bahagian kiri dan kanan arah depan menggambarkan ia seolah-olah taring singa dimana ia adalah bahasa rekaan standard untuk mana-mana model Peugeot ketika ini.


Menyentuh mengenai rimnya, ia datang dalam saiz 18 inci dan dibaluti dengan profil tayar 265/60/R18.
Seperti trak pikap yang lain, Landtrek Peugeot ini juga hadir dengan kelengkapan seperti tempat pemijak tepi, rel bumbung, palang sport dan tailgate biasa.
Menyentuh bahagian luarannya, ia didatangkan dengan lampu utama LED automatik dan lampu DRL LED termasuk lampu penunjuk arah

Terdapat juga lampu kabus selain dilengkapi dengan pengelap cermin automatik manakala cermin sisinya boleh dilipat.
Dari segi dimensi, Peugeot Landtrek memiliki saiz dimensi sepanjang 5,330 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,819 mm dan jarak antara roda sepanjang 3,180 mm.


Mengenai tugas-tugas mencabar, ia mampu meredah pelbagai laluan mencabar memandangkan jarak dari tanah adalah sekitar 235mm. Maka, ia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan sebarang perjalanan yang mencabar.
Ia juga menawarkan tiga mod pemanduan iaitu 2WD High, 4WD High dan 4WD Low dan dimaklumkan Ggndar belakangnya menggunakan differential jenis kunci secara mekanikal.
Bahagian ruang kargonya agak luas dan lampu belakangnya mengapit logo singa dan dibawahnya tertera perkataan Peugeot Landtrek.


Menjengah bahagian kabinnya, terdapat skrin infotainmen 10 inci, dengan kawalan suara serta sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto manakala panel instrumennya pula bersaiz 4.2 inci.
Malah, dengan adanya, pendingin hawa dwi-zon sebenarnya memberikan keselesaaan kepada semua penumpanya, tidak kira penumpang di hadapan atau belakang.




Seperti biasa, sterengnya boleh dilaras ke atas dan bawah, serta ke hadapan dan belakang.
Bukan itu sahaja, semua tempat duduk Landtrek dibalut dengan kemasan upholsteri 'Leatherette' selain boleh dilaras secara elektrik kepada enamarah dan ditambah dengan sokongan lumbar dua arah semata-mata untuk memberikan keselesaan yang mencukupi.
Di bahagian belakang, ia mempunyai ruang bahu selebar 1,550 mm dan ruang lutut kira-kira 50 mm. Kesemuanya bahagian belakangnya dilebarkan bagi menyediakan keselesaan untuk penumpang belakang.


Bukan itu sahaja, kerusi penumpang belakang mempunyai sandaran yang boleh dicondongkan 23 darjah untuk memberikan keselesaan.
Kerusi belakang juga boleh direbahkan dan ia dikatakan mampu menampung muatan sehingga 100 kilogram.
Dari segi ciri-ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan enam beg udara, sensor parkir, pandangan kamera 360 darjah, Program Stabiliti Elektronik (ESP), kawalan turun bukit, Amaran Keluar Lorong, Isofix, dan satu-satunya ciri ADAS disediakan di ruang but.


Bagi yang berminat untuk membeli trak pikap ini, ia hadir dengan enam pilihan warna: Ceramic White, Silver Grey, Magnetic Blue, Red Rubi, Rockstone Grey, dan warna eksklusif untuk Landtrek ialah Olea Green.

Ia dijual pada harga RM120,072 atas jalan tidak termasuk insurans selain didatangkan dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun standard bersama had perbatuan 100,000km.
Apa pula pandangan anda mengenai Peugeot Landtrek 2023?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] Peugeot Landtrek 1.9D Allure: Bagi Yang Inginkan Trak Bergaya & Berciri Premium
Ulasan jujur Peugeot Landtrek 1.9D Allure.
04-04-2023
Peugeot Landtrek Tempa Nama di Afrika Selatan
Peugeot memperkenalkan jentera terbaharunya, Peugeot Landtrek.
07-01-2022
Teaser Mazda CX-80 Disiarkan – Tiba Di Pasaran Malaysia Dalam Masa Terdekat?
Selepas dipertontonkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Mazda CX-60 dan CX-80 nampaknya bakal tiba di negara kita secara rasmi.
25-08-2025
Dapat Hak Edar Jenama Deepal, Bermaz Bakal Lancar SUV Elektrik, S05, S07 Tak Lama Lagi
Bermaz Auto Berhad (BAuto), melalui anak syarikatnya, Bermaz Changan Sdn Bhd (BCSB), dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik Deepal (EV) di Malaysia.
26-11-2024
Ini Dia Pesaing Tesla Model Y, SUV Xpeng G6, Ada 2 Varian - Harga Bermula Dari RM167K
Bermaz Auto yang merupakan pengedar rasmi kenderaan elektrik jenama Xpeng melancarkan secara rasminya, SUV Xpeng G6 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
27-08-2024
Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Maknanya Tak Lama Lagi Masuk M'sia
Pengedaran jenama EV China baharu ini akan dikendalikan Bermaz Auto.
30-07-2024
Proton, Perodua & Bermaz Serap SST Ribuan Kereta Tak Sempat Diserah Akhir Mac Ini
Masih ribuan pelanggan yang layak menerima insentif tersebut belum menerima kenderaan. Ini syarikat yang menyatakan komitmen untuk menyerap SST.
25-03-2023
[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.
13-03-2023
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
