Peugeot Landtrek Tempa Nama di Afrika Selatan
Nampaknya, Peugeot kini dilihat mula meningkatkan kehadirannya di persada global apabila ia memperkenalkan jentera terbaharunya iaitu Peugeot Landtrek.
Untuk makluman anda, trak pikap ini mula menembusi pasaran automotif Afrika Selatan.

Di negara itu, ia menawarkan dua varian: 4x2 dan 4x4 double cab dimana ia didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu diesel dan petrol.
Menyentuh mengenai harganya pula, Allure Double Cab 4x2 dijual pada harga 579 900 rand (RM151, 632.83) manakala, 4x4 pula 669,900 rand (RM175,166.12).
Katanya, netizen di Afrika Selatan menggelarnya sebagai Bakkie kerana mempunyai kehadiran yang agak kukuh di negara berkenaan.
Dilengkapi dengan turbin geometri boleh ubah 16-injap, varian diesel yang dijana dengan enjin 1.9L turbodiesel mampu menghasilkan 150 hp dan tork 350Nm selain dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.
Sementara itu, enjin petrol 2.4L turbo pula mampu menghamburkan kuasa 210 hp dan tork 320 Nm. Enjin petrol ini dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan Getrag atau automatik enam kelajuan Punch dengan mod Sport dan Eco.

Bagi menguji ketahanan jentera ini, trap pikap berkenaan telah diuji hampir dua juta kilometer dalam pelbagai cuaca dan keadaan permukaan jalan raya.
Hasilnya, ia membuktikan bahawa jentera ini sesuai untuk keperluan pelanggannya terutama di Timur Tengah dan Afrika
Malah, ia turut menawarkan kapasiti menunda 3.5 tan, mempunyai kemampuan offroad yang agak baik selain mudah dibaik pulih.
Ia juga didakwa mempunyai ruang kargo paling besar dalam segmennya. Bahagian kargonya itu dilengkapi dengan lampu LED dan soket 12 voltan.

Melihat luarannya, ia memiliki ciri tersendiri kerana memiliki personaliti kuat dan digabungakn dengan gaya terbaharu Peugeot. Ia menawarkan kemasan gril secara menegak selain dipadankan dengan logo Singah di tengah-tengahnya selain terdapat lampu LED menegak.
Bagi bahagian kabinnya, kita akan menemui skrin sesentuh definisi tinggi 10 inci dengan sambungan Apple CarPlay/Android Auto dan hard drive 10 GB.
Ia juga dilengkapi dengan beberapa ciri keselesaan daripada kenderaan utility sukannya. Ia terdiri daripada sambungan berkelajuan tinggi termasuk toggle yang menyediakan akses kepada semua fungsi.

Menurut syarikat itu, tempat duduk belakang Landtrek ini boleh dilipat 60/40 selain apabila kerusi direbahkan ke bawah, ia mampu menampung berat barang sehingga 100 kg.
Selain itu, ia menawarkan ruang tempat duduk yang agak selesa dan bergaya selain menawarkan perehat tangan di bahagian hadapan.
Malah, ruang penumpang yang luas dan selesa dengan ruang bahu selebar 1550 mm serta ruang lutut sekurang-kurangnya 50 mm sekali gus memastikan keselesaan kepada semua penumpangnya.
Dari segi keselesaan, sudah pastinya pemandu dapat merasai pengalaman teknologi terkini termasuk keseronokan pemanduan seolah-olah seperti SUV kerana terdapat stereng dua jejari sporty yang disertakan dengan penyaman udara zon dwi automatik.
Bagi memudahkan pemandunya dalam urusan meletekkan kereta, ia dilengkapi dengan kamera undur dan sensor kereta.

Terdapat juga kamera off-road yang diletakkan di cermin pandang belakang dan kamera panaromik 360°. Ia bertujuan untuk memudahkan pemanduan pemandu jika menghadapi sebarang halangan atau lorong sempit.
Dari segi ciri keselamatan, ia Untuk kelengkapan keselamatan, ia mempunyai enam beg udara, ESP, Kawalan Turun Bukit, Pengatur Anti-Gelinciran (ASR) untuk kedua-dua versi 4×2 dan 4×4, Amaran Keluar Lorong, Kawalan Ayunan Treler dan Isofix di tempat duduk belakang.
Para pelanggan juga boleh memilih 28 aksesori yang disediakan untuk Landtrek ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1770
SELANGOR
BSN9721
JOHOR
JYU4091
PULAU PINANG
PSB2554
PERAK
APG4835
PAHANG
CFG1470
KEDAH
KGF1819
NEGERI SEMBILAN
NEJ9756
KOTA KINABALU
SJR2749
KUCHING
QAB5236N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Review Peugeot 2008 Malaysia | SUV Euro Segmen B yang serba Canggih!
Inilah Peugeot 2008 generasi kedua! Peugeot 2008 hadir untuk bersaing dengan SUV segmen B yang lain seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Proton X50. Dengan enjin yg lebih power, adakah Peugeot 2008 pilihan SUV utama anda?
05-10-2022
E-Rifter dan E-Traveller, Kenderaan Penumpang Elektrik Peugeot Ini Boleh Cecah Jarak Sehingga 330KM!
Peugeot semakin rancak menggunakan teknologi elektrik untuk keluaran-keluaran terbaharu.
23-02-2022
Terima 10,000 Tempahan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Van 100% Elektrik Peugeot
Peugeot kini menawarkan PEUGEOT e-EXPERT, van elektrik yang menggunakan kuasa elektrik 100 peratus.
03-02-2022
Berita Terkini
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

