Nak Tengok Peugeot e-2008, Datanglah Autoshow

Peugeot e-2008 turut membuat penampilan sulungnya sempena Malaysia Autoshow 2023.
Untuk makluman, ia merupakan SUV segmen B 2008 versi elektrik (EV) keluaran jenama Perancis.
Ia mula ditayangkan secara global pada tahun 2019 namun varian elektrik ini dibawa masuk ke pameran kenderaan elektrik (EV) yang terletak di Hall D, MAEPS.
E-2008 ini agak sama dengan kembarnya yang menggunakan enjin pembakaran dalaman namun ada sedikit perbezaan.


Antaranya, ketiadaan paip. Selain daripada itu, semuanya agak sama kerana versi elektrik ini juga mempunyai ciri reka bentuk eksklusif dan tersendiri dengan gril hadapan berkotak-kotak warna badan.
Reka bentuk lampu LED hadapan dan belakang bertemakan tiga cakar dengan DRL LED seperti taring selain ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18 inci yang bergaya.

Terdapat juga monogram “e” pada panel sisi hadapan dan pintu belakang.
Menjengah bahagian dalamannya pula, iandilengkapi ciri Peugeot i-Cockpit® 3D baharu dimana ia menawarkan ergonomik intuitif dengan stereng kompaknya.
Terdapat juga skrin sesentuh HD 10 inci dan meter pada papan pemuka teknologi halogram, skrin sentuh infotainmen 10 inci yang dilengkapi dengan navigasi serta kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto,
Ada juga tuil gear elektronik dan pad pengecas telefon pintar wayarles yang direka untuk membolehkan anda meletakkan telefon anda secara tegak.

EV SUV bersaiz kecil ini disumbat dengan motor elektrik tunggal bersama bateri litium ion berkapasiti 50 kWj.
Ia mampu menghasilkan 134 hp dan tork 260 Nm memberikan jarak gerak sehingga 320 km.
Menurut Peugeot, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 10 saat.

Malah, bagi memberi pemanduan yang lebih menarik, ia ditawarkan dengan tiga mod iaitu Sport (0-100km/j dalam 10.1saat), Normal dan Eco.
Peugeot e-2008 juga menyokong 100 kW mengecas dari mana-mana stesen pengecas pantas DC sekali gus membolehkan ia mencapai 80% caj dalam 30 minit.

Buat masa ini, Bermaz Auto tidak mengumumkan bila model itu akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini 3 Model CKD Bakal Masuk M'sia
Stellantis mahu melebarkan sayapnya ke negara Asia Tenggara.
17-11-2023
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
06-06-2023
Pelantikan Valerie Candeiller Sebagai Pengarah Komunikasi Global PEUGEOT
PEUGEOT telah melantik Valerie Candeiller sebagai Pengarah Komunikasi Global syarikat baharu.
04-11-2022
Review Peugeot 2008 Malaysia | SUV Euro Segmen B yang serba Canggih!
Inilah Peugeot 2008 generasi kedua! Peugeot 2008 hadir untuk bersaing dengan SUV segmen B yang lain seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Proton X50. Dengan enjin yg lebih power, adakah Peugeot 2008 pilihan SUV utama anda?
05-10-2022
E-Rifter dan E-Traveller, Kenderaan Penumpang Elektrik Peugeot Ini Boleh Cecah Jarak Sehingga 330KM!
Peugeot semakin rancak menggunakan teknologi elektrik untuk keluaran-keluaran terbaharu.
23-02-2022
Terima 10,000 Tempahan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Van 100% Elektrik Peugeot
Peugeot kini menawarkan PEUGEOT e-EXPERT, van elektrik yang menggunakan kuasa elektrik 100 peratus.
03-02-2022
Peugeot Landtrek Tempa Nama di Afrika Selatan
Peugeot memperkenalkan jentera terbaharunya, Peugeot Landtrek.
07-01-2022
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
