Peugeot Lancar Logo Baharu
Jenama automotif tertua di dunia yang kini berusia 211 tahun Peugeot sekali lagi memperkenalkan logo dan identiti jenama baharunya buat kali ke-11 semalam.
Logo baharu yang dihasilkan oleh Studio Reka Bentuk Jenama Global PEUGEOT itu dilihat masih mengekalkan imej sisi singa namun kali ini, ia hanya menampilkan bahagian kepala singa yang seolah-olah mengaum dengan tulisan huruf besar yang tertera “PEUGEOT”.
Sejak tahun 1850, syarikat itu memiliki sekurang-kurangnya 10 logo dimana semuanya berlatarbelakang imej singa na mun logo versi ke-11 kali dilihat lebih lebih moden, elegan dan ringkas.
“Lambang baharu Peugeot inimerupakan jambatan yang menghubungkan warisan sejarah dan juga masa depan Peugeot. Ia memaparkan apa sebenarnya Peugeot ‘semalam’, ‘hari ini’ dan ‘esok’. Ia yang menyerupai arca singa itu sememangnya menjadi sebahagian dariapada jenama Peugeot sejak sekian lama,” kata Pengarah Rekaan Peugeot, Matthias Hossan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penjenamaan semula itu tiada kaitan dengan Stellantis (entiti gabungan baharu Group PSA dan Fiat Chrysler Automobile) berikutan mereka telah bermula sejak sekian lama, sebelum idea berkenaan difikirkan Stellantis.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, identiti itu akan mula digunakan pada material komunikasi Peugeot selain cawangan pengedar Peugeot seluruh dunia.
Menurut laporan uk.motor1.com, logo itu akan mula digunakan pada Peugeot 308 yang akan didedahkan kepada umum pada 18 Mac ini.
Ia kemudian diikuti dengan 1,500 jaringan pengedar lain pada penghujung 2021, manakala proses penukaran ini dikatakan bakal dilengkapkan dengan sepenuhnya menjelang tahun 2023.
Dalam perkembangan sama, syarikat itu memperkenalkan rangkaian koleksi lifestyle terbaharu termasuk pakaian, aksesori fesyen, produk kulit, aksesori elektronik dan banyak lagi.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini 3 Model CKD Bakal Masuk M'sia
Stellantis mahu melebarkan sayapnya ke negara Asia Tenggara.
17-11-2023
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
06-06-2023
Nak Tengok Peugeot e-2008, Datanglah Autoshow
Peugeot e-2008 turut membuat penampilan sulungnya sempena Malaysia Autoshow 2023.
04-05-2023
Pelantikan Valerie Candeiller Sebagai Pengarah Komunikasi Global PEUGEOT
PEUGEOT telah melantik Valerie Candeiller sebagai Pengarah Komunikasi Global syarikat baharu.
04-11-2022
Review Peugeot 2008 Malaysia | SUV Euro Segmen B yang serba Canggih!
Inilah Peugeot 2008 generasi kedua! Peugeot 2008 hadir untuk bersaing dengan SUV segmen B yang lain seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Proton X50. Dengan enjin yg lebih power, adakah Peugeot 2008 pilihan SUV utama anda?
05-10-2022
E-Rifter dan E-Traveller, Kenderaan Penumpang Elektrik Peugeot Ini Boleh Cecah Jarak Sehingga 330KM!
Peugeot semakin rancak menggunakan teknologi elektrik untuk keluaran-keluaran terbaharu.
23-02-2022
Terima 10,000 Tempahan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Van 100% Elektrik Peugeot
Peugeot kini menawarkan PEUGEOT e-EXPERT, van elektrik yang menggunakan kuasa elektrik 100 peratus.
03-02-2022
Peugeot Landtrek Tempa Nama di Afrika Selatan
Peugeot memperkenalkan jentera terbaharunya, Peugeot Landtrek.
07-01-2022
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
