Kilang BYD Bakal Dibuka Di Thailand, 150K Unit EV Akan Dikeluarkan Setiap Tahun

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD, bakal membangunkan kilang pengeluaran kenderaannya di Thailand. Pembinaan kilang ini menjadikan negara tersebut sebagai hab pengeluaran BYD pertama di Asia Tenggara.
Pengurus Besar Bahagian Jualan Kenderaan Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang berkata, syarikatnya bercadang untuk membuka fasiliti tersebut khas untuk pengeluaran EV pemanduan sebelah kanan. Untuk kilang tersebut, BYD menyasarkan kapasiti pengeluaran sebanyak 150,000 unit setahun.

“Kenderaan yang dikeluarkan di kilang ini akan dieksport ke negara-negara ASEAN dan Eropah,” kata Liu sewaktu majlis penandatanganan persetujuan pembelian tanah oleh BYD.
Pemaju estet perindustrian Thailand WHA Group berkata, syarikatnya telah menjual tanah berkeluasan 96 hektar (600 rai) di wilayah Rayong yang terletak kira-kira 140 kilometer tenggara Bangkok. Hampir separuh daripada 1,281 rai estet tersebut.
Pengasas bersama dan pengerusinya, Jareeporn Jarukornsckul, berkata 500 baki rai itu pula telah diperuntukkan untuk syarikat rantaian bekalan EV China lain serta pengeluar alat ganti EV yang akan melabur di Thailand. Pelaburan tersebut adalah sebahagian daripada pembangunan fasa kedua. Terkini, WHA sedang mengadakan perbincangan dengan lima pengeluar EV besar China lain.


“Memandangkan Thailand kini dilengkapi dengan infrastruktur EV—rantaian bekalan, sokongan polisi kerajaan dan permintaan kukuh—kami kini bersedia untuk menjadi hab pengeluaran EV ASEAN dan dunia,” kata Jareeporn.
Jualan EV di Thailand dijangka akan terus meningkat dengan adanya bantuan subsidi daripada kerajaan yang menjadikan EV dapat dibeli pada harga lebih rendah. Langkah ini diambil bukan sahaja untuk menarik lebih ramai pembeli EV tetapi juga tumpuan pelabur terhadap sektor ini. Subsidi yang ditawarkan kerajaan Thailand mencecah 150,000 Thai Baht (THB) (kira-kira RM19,439.00) untuk setiap EV.

Selain itu, kerajaannya turut mengurangkan duti import EV kepada 2% daripada 8% untuk pengeluar yang membuat pemasangan EV di negara Thailand.
Wilayah Rayong di Thailand ialah zon pembangunan perindustrian yang besar yang merupakan sebahagian daripada strategi 4.0 kerajaan Thailand untuk memacu negaranya ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2036.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi
Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.
02-02-2026
2025 Fasa Kebangkitan EV, 2026 Pula Fasa 'Realiti' – Permintaan EV Mula Perlahan?
Tahun 2025 mungkin akan diingati sebagai tahun kebangkitan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun 2026 pula bakal menjadi tahun realiti.
30-01-2026
Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba
Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.
29-12-2025
Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam
Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam.
19-12-2025
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
Struktur Cukai Baharu Lebih Adil Untuk Pemilik Kenderaan Elektrik
Sebaik tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) ditamatkan sehingga akhir 2025, pengguna EV di Malaysia akan mula dikenakan cukai dengan struktur baharu yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026.
30-09-2025
Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...
Nisbah pengecas dan EV di Malaysia di tahap yang sihat. Ini kupasannya...
22-07-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat