Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...

Pada penghujung tahun 2024, Thailand mencatatkan kemajuan signifikan dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV), dengan pendaftaran sejumlah 227,490 unit kenderaan elektrik bateri (BEV).
Negara Gajah Putih itu juga memiliki kira-kira 11,000 unit pengecas awam, terdiri daripada 3,429 unit pengecas arus terus (DC) dan 7,571 unit pengecas arus ulang-alik (AC), menjadikan nisbah pengecas dan EV sekitar 1:20.
Perbandingan Dengan Malaysia: Nisbah Pengecas Lebih Sihat

Berbeza dengan Thailand, Malaysia mempunyai jumlah pemilikan BEV yang lebih rendah, iaitu 38,797 unit EV dalam tempoh yang sama. Namun, jumlah pengecas awam di negara ini setakat tahun 2024, mencecah 3,611 unit, termasuk 1,095 unit DC dan 2,516 unit AC, menjadikan nisbah pengecas dan EV di Malaysia di tahap yang lebih sihat, iaitu 1:11.
Meskipun terdapat kritikan berterusan bahawa pembangunan infrastruktur EV di Malaysia jauh ketinggalan daripada jangkaan, terutamanya dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 10,000 unit pengecas menjelang akhir 2025 tanpa sebarang pelaburan, angka-angka ini menceritakan kisah yang berbeza. Apabila dilihat kepada kadar penggunaan EV, Malaysia kini mendahului Thailand dari segi aksesibiliti pengecas.
Kadar Pengecas EV Kita Di Tahap Yang Selamat?

Walaupun nisbah semasa memihak kepada Malaysia, Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA) meramalkan jumlah BEV di Malaysia akan meningkat secara drastik, mencapai 717,640 unit menjelang 2030. Untuk menyokong pertumbuhan ini dan mengekalkan nisbah pengecas dan EV yang ideal iaitu 1:8, negara memerlukan sekitar 89,705 tempat pengecasan di seluruh negara.
Walaupun nisbah yang dicapai buat masa ini cukup baik, keberterusan momentum ini bergantung kepada hala tuju polisi masa hadapan. Setakat ini, penggunaan EV di Malaysia banyak didorong oleh pengecualian cukai yang menjadikan EV lebih mampu milik.
Pengecualian Cukai Tamat, Momentum Mungkin Terjejas

Pengecualian cukai ini dijangka berakhir pada hujung tahun 2025. Jika ia tidak diteruskan, jualan EV boleh merosot secara mendadak, sekaligus menjejaskan ramalan MyZEVA. Ini juga berkemungkinan menyebabkan pengendali pusat pengecasan (CPO) menangguhkan atau mengurangkan pelaburan mereka dalam pembangunan infrastruktur.

Jumlah pengecas EV terkini di Malaysia (Sumber: MEVNET)
Malah, sejak awal 2024, telah berlaku penangguhan ketara dalam pemasangan pengecas, dengan banyak pengendali mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sementara menanti langkah seterusnya dari kerajaan.
Komitmen Kerajaan Amat Diperlukan
Jadi, walaupun Malaysia kelihatan mendahului Thailand dalam nisbah aksesibiliti pengecas buat masa ini, momentum ini tidak dijamin. Sokongan polisi yang kukuh dan konsisten adalah penting untuk memastikan ekosistem EV terus berkembang seiring dengan permintaan.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini mendesak kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai EV. Tanpa insentif ini, pertumbuhan pesat yang dirasai sekarang mungkin akan mula menurun secara drastik, serupa dengan apa yang berlaku kepada kenderaan hibrid apabila insentif dihapuskan sebelum ini.
Sumber: Chantakorn David Gridwitchayayarkarn & MyZEVA
Baca: MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar
KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.
23-10-2025
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
