Mercedes-Benz Malaysia Tayang Imej Teaser GLC

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sudah mula memberi bayangan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model kenderaan utiliti sukan secara rasminya pada minggu hadapan.
Ia berikutan sekeping imej teaser disiarkan di Instagram rasmi MBM semalam.
Bagaimanapun, gambar yang gelap itu cuma menayangkan lampu hadapan kereta bernyala dan berlatar belakang bukit-bukau dengan panaroma gurun berpasir gersang.
Malah, turut tertera perkataan “Ready For It, Visit Plaza Arakdia, Desa Parkcity, 8&9 April | 10AM-8PM.

Melihat kepada beberapa petunjuk, kami menjangkakan bahawa MBM berkemungkinan besar akan melancarkan model GLC dengan nama kod X254.
Ia dikatakan bakal menggantikan model X253 yang dilancarkan sejak tahun 2016.
GLC baharu ini sudah pun membuat debut globalnya pada tahun lepas. Ia dikatakan akan didatangkan dengan beberapa trenkuasa elektrik untuk semua pasaran di seluruh dunia.

Ini termasuk hibrid ringan (MHEV), serta varian hibrid plug-in (PHEV).
Kedua-duanya dipadankan bersama enjin petrol turbo 2.0L namun menghamburkan ouput berbeza bergantung kepada trimnya.


Bercakap mengenai variannya, GLC berkuasa petrol ini didatangkan secara standard dalam varian GLC200 4Matic dan spesifikasi yang lebih tinggi pula ialah GLC300 4Matic.
Bagi versi MHEV, ia menggunakan sistem 48 volt.
Sementara itu, model GLC200 dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 204 hp dan tork 320 Nm dan varian GLC300 pula menghasilkan kuasa 258 hp dan tork 400 Nm.
Bagi trenkuasa PHEV, GLC akan dilengkapi dengan pek bateri 31.2-kWj yang memberikan perjalanan sehingga 117 kilometer.
Sementara untuk GLC 300e 4Matic, ia dipadankan bersama enjin diesel turbo 2.0L. Kuasa bagi varian PHEV ini adalah antara 313 hp hingga 335 hp dan 550 Nm hingga 750 Nm.


Kesemua varian GLC baharu ini menggunakan transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic dan pacuan semua roda.
Selain itu, GLC400e 4Matic yang berspesifikasi tinggi berkongsi enjin 2.0 liter yang telah disesuaikan dengan GLC300 4Matic MHEV, dimana ia menggunakan tetapan motor tunggal yang sama untuk memberikan jumlah keluaran kuasan sebanyak 381 hp dan 650 Nm.
Sama seperti GLC300e, varian tertinggi ini juga mempunyai julat EV maksimum sehingga 117 km.
Berkenaan saiz, ada bahagian yang bertambah, dan ada yang berkurang, dengan panjang kini menjadi 4,716 mm.
Ruang butnya juga dikatakan lebih besar berbanding model lama iaitu 620 liter.

Dikhabarkan, reka bentuk lampu depan dan lampu belakangnya juga agak serba baharu termasuk gril hadapan dan kemasan bodykit.
Menurut MBM, model baharu itu akan dilancarkan pada awal April ini manakala slot pandu uji akan dibuka kepada umum bermula 8 hingga 9 April 2023 di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes Benz AMG A45S Review Pandu Uji | Adakah Ini AMG Pilihan Anda?
Mercedes-AMG A45 S 2022 Review Pandu Uji | Adakah Ini AMG Pilihan Anda? Walaupun mahal, ia tetap memberikan kepuasan berganda.
27-01-2023
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge