Selangor Akan Perluas Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan Ke Seluruh Negeri

Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) yang dilancarkan baru-baru ini akan diperluaskan oleh kerajaan negeri Selangor kepada kawasan lain dalam tempoh satu atau dua bulan.
Perkara ini diumumkan selepas pendedahan bahawa Trek Rides akan menguji penggunaan perkhidmatan tersebut di Bandar Puteri Puchong.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, lokasi seterusnya bagi projek rintis tersebut adalah sama ada di Ampang atau Gombak.

“Kami berharap dapat menambah baik sistem DRT dengan melaksanakan lebih banyak percubaan di pelbagai lokasi,” katanya.
Pengangkutan jenis van digunakan semasa tempoh percubaan di Bandar Puteri Puchong yang membabitkan 17 perhentian kediaman dan 20 perhentian komersial itu. Selain van, Trek Rides turut menyediakan pengangkutan lain seperti MPV dan bas mini.
DRT ialah pengangkutan khas yang disediakan bagi mengatasi isu perbatuan awal dan akhir yang mana tempahan perkhidmatannya boleh dibuat melalui aplikasi pada bila-bila masa seperti e-hailing yang lain.
Bagaimanapun, perkhidmatan ini jauh lebih murah kerana beberapa penumpang akan menggunakan pengangkutan sama dalam satu perjalanan untuk ke pelbagai destinasi. Anda juga boleh menukar destinasi semasa dalam perjalanan, jelas Trek Rides.

Syarikat itu menjamin bahawa sistem yang digunakannya dapat membuat anggaran masa ketibaan yang tepat dan memadankan penumpang dengan kenderaan yang sesuai untuk memastikan masa perjalanan sesingkat mungkin.
Menurut Ng, perancangan turut dibuat untuk memperluas perkhidmatan DRT ini ke serata negeri. Buat masa ini, kerajaan negeri sedang mengumpulkan cadangan daripada pelbagai vendor.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL7756
SELANGOR
BSS9714
JOHOR
JC6994J
PULAU PINANG
PSE8492
PERAK
APK7817
PAHANG
CFH4918
KEDAH
KGH6319
NEGERI SEMBILAN
NEL4973
KOTA KINABALU
SJT6084
KUCHING
QAB4251P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan
Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.
20-08-2026
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat