ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengeluar tayar kereta terkemuka, Continental, telah memperkenalkan tayar baharu keluaran syarikatnya hari ini, ComfortContact CC7, sebahagian daripada barisan produk tayar Generasi 7. 


Menurut Continental, ComfortContact CC7 dibangunkan oleh kumpulan global yang terdiri daripada 30 jurutera dan pakar bahan. Untuk membangunkan tayar ini, masa yang diambil mencecah lebih daripada 7,500 jam membabitkan usaha  untuk mereka bentuk, menjalankan ujian simulasi, membina dan menguji prototaip. Lebih daripada 500 ujian telah dilakukan di atas pelbagai keadaan jalan dan makmal dengan jarak perjalanan keseluruhan lebih 7 kali pusingan bumi. 




"Memandangkan setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza serta permintaan terhadap teknologi berinovasi, kami berusaha untuk memahami keperluan pemandu di Malaysia dan mencipta produk yang dapat memenuhi keperluan ini,” ujar Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova. 


Tayar kali ini telah ditambah baik dengan Teknologi Comfort+ yang memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan senyap. Teknologi ini merangkumi tiga ciri penting CC7 iaitu  “Z.E.N”, – Zero Shock Pattern, Everflex Compound dan Noise Muter.




Ciri ComfortContact CC7 Zero Shock Pattern dapat dilihat pada reka bentuk corak tayar yang direka khas untuk mengurangkan hentakan walaupun melalui jalan berbonggol dan tidak rata. 


ComfortContact CC7 Everflex Compound merujuk kepada penggunaan bahan tahan lasak yang membolehkan tayar digunakan dalam pelbagai cuaca, termasuk suhu dan musim berbeza. 


Sementara itu, ciri Noise Muter pula dicapai dengan penggunaan dua teknologi peredam bunyi iaitu Noise Breaker 3.0 dan Helmholtz Resonators. 


Noise Breaker 3.0 merupakan sejenis teknologi yang dapat memecahkan gelombang bunyi kepada gelombang lebih kecil dan menghalang bunyi daripada memasuki ruang kabin. 


Helmholtz Resonators pula diambil daripada nama ahli fizik Jerman yang telah menumui teori Resonan Helmholtz. Penggunaan teori ini dalam pembangunan tayar telah menghasilkan produk yang senyap, dengan ruang penyerap bunyi bising pada permukaan corak tayar yang menarik gelombang udara dan menyerap frekuensi bunyi bising sebelum ianya dapat keluar. 




Tayar Continental ComfortContact CC kini ditawarkan di pasaran dalam saiz 13 inci ke 16 inci untuk pelbagai jenis kenderaan seperti mini-kompak, kompak, sederhana dan MPV. 


Harga jualan rasminya tidak didedahkan, namun berdasarkan laman e-dagang ini, harga tayar baharu ComfortContact CC7 bermula daripada RM170.00 sebiji.


Baca: Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-12-2025
Berita Auto

01-10-2025
Berita Auto

28-04-2025
EV

14-02-2025
Teknologi

06-02-2025
Berita Auto

28-01-2025
Berita Auto

03-04-2023
Berita Auto

01-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.