Volvo Buses Pasang Bus CKD, Volvo B11RLE 6x2
-(1)-full.jpg)
Volvo Buses melancarkan secara rasmi bas dua tingkat Volvo B11RLE 6x2 yang julung kalinya dibina sepenuhnya (CKD) di Malaysia.
Bagaimanapun, bas itu diserahkan kepada Sani Express selepas syarikat itu menandatangani tempahan sebanyak 12 unit.
Kesemua bas itu akan diserahkan sepanjang tahun ini dan bakal digunakan untuk perjalanan di antara Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Lumpur.
Untuk makluman, Volvo B11R hadir dengan ciri pintu masuk rendah selain badan jenis ALPHA DD12 TQ.
Apa yang menarik ALPHA DD12 TQ juga dibina sebagai sebuah bas yang memiliki penampilan lebih lebar dan titik graviti rendah.
Ia bertujuan untuk memberi kestabilan lebih baik, terutama ketika memandu di atas lebuh raya.

Bas dua tingkat ini juga dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang dipertingkatkan melalui beberapa teknologi seperti Sistem Pemantauan Pemandu (DMS) yang berfungsi memberi amaran jika pemandu tertidur.
Majlis pelancaran itu dirasmikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Shah Alam, pagi tadi.
Turut hadir Duta Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom; Naib Presiden Volvo Buses Asia Pacific, Mats Nilsson; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng; serta Pengarah Urusan Kumpulan Sani Express Sdn Bhd, Iskandar Salleh.
Menerusi ucapannya, beliau menggesa pengeluar dan pembekal bas menembusi peluang pasaran di Sabah dan Sarawak.
Ia membolehkan pengusaha bas ekspres di negeri terbabit dapat menaiktaraf kemudahan kenderaan untuk keselesaan dan keselamatan rakyat.
“Saya berharap syarikat pengeluar dan pembekal dapat memasarkan produk mereka kepada pengusaha di Sabah dan Sarawak dan sudah tentu apabila pengusaha.berkenaan sedia untuk melabur mereka boleh berbincang dengan pelbagai kerajaan untuk memudah cara dari segi pembiayaan," katanya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat