WOW! Volvo XC90 Paling Selamat Sebab Diiktiraf IIHS

Tahukah anda bagi memenangi anugerah Top Safety Pick, ia bukan sesuatu perkara mudah selain sesebuah kereta itu perlu menepati kriteria anugerah berkenaan.
Namun ia tidak menjadi penghalang buat kenderaan keluaran Volvo yang sememangnya menitikberatkan soal keselamatan.
Maka tidak hairanlah, SUV mewah saiz sederhana Volvo XC90 telah memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) selepas institusi itu mengetatkan lagi kriteria baharu untuk anugerah itu.
Dikhabarkan dengan kriteria baharu lebih ketat, setiap kenderaan memerlukan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan dan menyingkirkan lampu hadapan di bawah taraf kelayakan.

Ketua Volvo Cars Safety Centre, Åsa Haglund berkata, sebahagian visi Volvo Cars adalah untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang cedera parah atau terbunuh dalam kereta Volvo yang baharu.
Katanya, syarikat itu telah meletakkan keselamatan sebagai keutamaan untuk segala yang Volvo lakukan.
“Volvo XC90 terus membuktikan, tahun demi tahun bahawa ia adalah antara kenderaan yang paling selamat di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Perubahan terbesar pada kriteria TSP dan TSP+ melibatkan penggantian ujian pelanggaran sisi IIHS yang asal.
Ujian yang dikemas kini melibatkan 82 peratus lebih tenaga dan memerlukan kenderaan memperoleh penarafan yang boleh diterima atau baik untukmelayakkan diri untuk TSP, manakala penarafan yang baik diperlukan untuk TSP+.
Untuk info, kedua-dua -dua versi hibrid ringan (XC90) dan hibrid plug-in (XC90 Recharge) XC90 telah mendapat anugerah TSP+.
Selain ciri keselamatan yang dianugerahkan, XC90 Recharge menawarkan sehingga 77 kilometer (NEDC) atau 35 batu (EPA) pemanduan elektrik sepenuhnya dalam mod Pure.
Volvo Cars telah meletakkan kelestarian sebagai kepentingan yang sama taraf dengan keselamatan.
Sebelum ini, Volvo mengumumkan rancangan untuk menjual kenderaan elektrik yang sepenuhnya menjelang tahun 2030 dan menyasarkan untuk mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2040.
Jadi melihat tahap keselamatan yang ditawarkan Volvo, adakah anda berminat untuk membeli jentera itu?
Jika ya, ada berita baik untuk anda!
Ini kerana para pelanggan yang berminat dengan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid ataupun Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid dapat menikmati pakej perkhidmatan lima tahun percuma (VSA5+).
Namun dengan syarat mereka perlu membuat tempahan dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
Sedikit info mengenai VSA5+, ia yang dikenali sebagai 'Volvo Service Agreement 5 Plus' ialah pakej perkhidmatan kereta komprehensif selama 5 tahun daripada Volvo Cars yang meliputi lima perkhidmatan kereta pertama termasuk item Wear and Tear yang mungkin perlu diganti.
Selain daripada Volvo XC90, Volvo Car Malaysia juga menawarkan VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5, manakala tempahan untuk Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan disertakan dengan baucar soket pengecas kediaman (wallbox) percuma bernilai RM7,000.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh mengunjungi pengedar Volvo terdekat anda.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
Miliki Volvo Idaman Anda Sempena Merdeka: Rebat Sehingga RM70,000
Volvo Car Malaysia Anjur Acara 48-Hour Merdeka Deal 15 & 16 Ogos Ini.
04-08-2026
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia
Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan
15-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?
Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888
Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.
30-09-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge