- Berita
- Berita Auto
- Ada Ford Ranger? Jom Sertai Aktiviti 4X4 Ke Cameron Highlands & Gunung Jerai Mei Ini!
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Aktiviti 4X4 Ke Cameron Highlands & Gunung Jerai Mei Ini!

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan aktiviti Ford Ranger Getaways eksklusif untuk pemilik Ford Ranger generasi baharu pada bulan Mei ini dengan dua pilihan lokasi yang menarik bersempana dengan sambutan hari ibu.
“A Trip Through Nature at Gunung Jerai"

Air Terjun Alor Naga merupakan salah satu lokasi lawatan Ford Ranger Getaways bagi bulan Mei 2023
Destinasi pertama ialah Gunung Jerai, Kedah, yang bakal diadakan pada 6 Mei. Dalam perjalanan, peserta akan dibawa mengharungi cabaran 4x4 di Bukit Kluang yang dikendalikan jurulatih profesional.


Lawatan ke Gunung Jerai turut membabitkan cabaran 4x4
Laluan penuh cabaran ini memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka fungsi kawalan menuruni curam, bantuan mula mendaki dan laluan condong sisi di Bukit Kluang.
“Chase the Sunrise in Cameron Highlands”

Pemandangan yang mengasyikkan dijanjikan untuk para peserta 'Chase The Sunrise in Cameron Highlands'
Destinasi kedua ialah di Cameron Highlands, dari 27 hingga 28 Mei. Peserta akan dibawa berkonvoi dalam perjalanan sejauh 40 km dan menempuhi laluan off-road. Merupakan lawatan semalaman yang pertama program ini pada tahun 2023, aktiviti “Chase the Sunrise in Cameron Highlands” menjanjikan pengalaman yang mustahil dapat dilupakan.


Peserta yang mengikuti lawatan ke Cameron Highland akan dibawa menginap di sebuah resort
Peserta akan dibawa melalui jalan yang kurang diketahui orang ramai untuk menuju ke satu kawasan ‘misteri’ yang menyajikan pemandangan matahari terbit yang memukau jiwa.

Harga
Berikut adalah senarai harga untuk menyertai program Ford Ranger Getaways yang menyeronokkan ini:
Lawatan ke Gunung Jerai:
Pakej Pasangan: RM456.02/pax
Pakej Keluarga: RM1,716.49/4 dewasa
Sementara itu untuk lawatan ke Cameron Highlands pula hanyalah RM1,047.77/pax.
Harga yang dinyatakan adalah termasuk insurans bagi semua peserta berusia dari usia satu ke 80 tahun. Kanak-kanak yang berusia 16 dan ke bawah boleh menyertai aktiviti ini secara percuma.
Pendaftaran untuk kedua-dua lawatan kini sudah dibuka dan boleh dibuat melalui platform e-dagang SDAC Ford khas untuk program Ford Ranger Getaways ini.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge