GEMPAR!! King Myvi Kena Gilis Lori, Mujur Pemandunya Masih Bernyawa

Keadaan sebahagian Myvi yang digilis lori. Gambar: Korporat JBPM
Biarpun, sebahagian sebuah Perodua Myvi digilis sebuah lori sehingga kemek teruk namun apa yang mengejutkan pemandu Myvi itu terselamat.
Kejadian ngeri itu berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang, Kuala Lumpur semalam.
Melihat keadaan Myvi itu, anda boleh menganggap pemandunya sememangnya tidak dapat diselamatkan kerana keadaan kereta berkenaan sudah hancur berkecai seolah-olah besi buruk.
Berdasarkan gambar yang tular, kereta dipandu mangsa didapati tersepit di antara dua buah lori di bawah sebuah jejambat berhampiran susur masuk ke Pekan Sungai Besi.

Pemandu Myvi terselamat. Gambar: Korporat JBPM.
Apapun, pemandunya yang tersepit berjaya dikeluarkan. Mangsa hanya mengalami kecederaan patah tangan kiri.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata seramai 15 pegawai dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu membawa keluar mangsa seorang lelaki yang tersepit di bahagian pemandu.
“Pihak bomba mengambil masa hampir 15 minit bagi membawa keluar mangsa yang tersepit sebelum dia berjaya dibawa keluar pada jam 1.15 tengah hari," katanya kepada akhbar Berita Harian.

Orang awam cuba membantu mangsa.
Rata-rata pengguna MRR2 terperangkap dalam kesesakan teruk selama hampir sejam akibat kemalangan itu.
Bagaimanpun, aliran kembali reda sebaik kereta dan lori itu dialihkan di tepi jalan.
Di sebalik kejadian ini, nampaknya benar kata pepatah: Berpantang maut sebelum ajal.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5826
SELANGOR
BST4045
JOHOR
JD4929J
PULAU PINANG
PSF2720
PERAK
APL1975
PAHANG
CFH6031
KEDAH
KGH8294
NEGERI SEMBILAN
NEL6576
KOTA KINABALU
SJT8579
KUCHING
QAB5017P
Terakhir Kemas Kini 31 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025
Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.
13-01-2026
2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati
Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.
22-12-2025
Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.
03-11-2025
Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.
31-10-2025
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat