Imej Teaser Cayenne Dah Siar, Buat Penampilan Rasmi Hari Ini

Porsche Cayenne 2024 akan membuat penampilan rasminya pada pameran Shanghai Auto Show, China, hari ini.
Sebelum itu, beberapa gambar teaser telah pun ditayangkan ketika ia menjalani fasa ujian terakhir baru-baru ini.
Menjenguk imej itu, ada beberapa perubahan besar terhadap rekaannya.

Menerusi imej teaser tebaharu, kita dapat melihat bahawa reka bentuk lampu hadapan baharu itu kelihatan berbeza berbanding model sebelumnya.
Lampu hadapan matriks HD yang baru dibangunkan itu merangkumi 16,384 LED mikro yang boleh dikawal secara individu.
Teknologi mikro LED yang digunakan ini adalaH sangat halus dan setiap satunya menyamai saiz selembar rambut manusia.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia boleh digunakan sampai 16,384 unit.

Turut kelihatan dalam teaser terbaharu ini ialah reka bentuk fasia hadapan bawah yang lebih lebar.
Pendek kata, bahagian luarannya tidaklah begitu ketara dengan model yang ada ketika ini.
Sementara itu, Porsche telah pun mempamerkan bahagian dalaman baharu Cayenne, yang kini menampilkan rangkaian teknologi baharu yang diterajui oleh beberapa skrin termasuk paparan instrumen melengkung 12.6 inci, skrin sentuh infotainmen 12.3 inci, serta skrin sentuh paparan penumpang 10.3 inci.

Selain daripada nilai estetika dan teknologi, penambahbaikan turut dibuat dengan rangkaian kuasa dan casis Cayenne baharu.
Varian yang disumbat dengan enjin V6 3.0 liter dijangka melihat sedikit peningkatan dalam output iaitu 349 hp dan tork 502 Nm..
Bagi varian hibrid plug-in elektrik (PHEV), ia menyaksikan peningkatan julat elektrik daripada 17.9kWj kepada 25.9 kWj .
Malah, Porsche juga telah mengesahkan bahawa penggantian gen keempat baharu , kenderaan elektrik akan tiba selepas tahun 2025.
Butiran lanjut akan didedahkan sebaik sahaja Cayenne baharu diperkenalkan secara rasminya hari ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kali Ini, Edisi Platinium Cayenne Lebih Bergaya!
Porsche melancarkan Edisi Platinum Cayenne baru-baru ini.
25-02-2022
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat