Selamatkah E-Scooter Beam? Ini Rupanya Yang Beam Mobility Lakukan Demi Keselamatan

Pernahkah anda terfikir, selamatkah e-scooter yang disediakan untuk kegunaan awam? Apakah ciri-ciri keselamatan yang diterapkan pada e-scooter ini? Bagaimana penyedia perkhidmatan memastikan bahawa e-scooter yang disewakan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan?
Menjawab persoalan ini, penyedia perkhidmatan mikromobiliti, Beam Mobility telah menekankan keutamaan kepada keselamatan pengguna dan orang di sekitar dengan menerapkan ciri-ciri keselamatan yang ketat pada e-scooter mereka.

Kesemua e-scooter Beam yang kini ditawarkan di bandar-bandar utama dan kawasan tumpuan ramai seperti Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan, dan Langkawi telah dilengkapkan dengan peranti Internet of Things (IoT) yang memenuhi piawaian global tertinggi dalam industri.
Teknologi yang digunakan membolehkan Beam menjejaki kedudukan tepat setiap e-scooter pada setiap masa untuk memudahkan pasukan yang menguruskan Beam di kawasan tersebut, atau Beam Rangers mengambil tindakan sekiranya ia tidak berada di lokasi yang sepatutnya.

Bagi memastikan ketahanannya, kesemua e-scooter Beam diperbuat daripada aluminium gred pesawat. Bateri yang dipasang juga telah menjalani ujian yang ketat, termasuk keadaan kebakaran, dan disahkan dengan tahap keselamatan antarabangsa yang tertinggi.
Selain itu, semua e-scooter Beam akan diperiksa dan dibaiki secara berkala oleh pasukan Beam untuk memastikan segalanya berfungsi dengan baik dan selamat untuk terus digunakan.
Sepertimana kenderaan lain, e-scooter Beam turut mempunyai plat pendaftarannya sendiri supaya mudah untuk dikenalpasti.
Bagi memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak disalah guna, pengguna perlu membuat pendaftaran akaun dengan memasukkan maklumat peribadi dan pengesahan usia untuk mengelakkan warganegara yang belum mencapai umur yang ditetapkan daripada menggunakan e-scooter.
Beam Malaysia telah mengambil langkah yang proaktif untuk memastikan e-scooter yang disediakan adalah dalam keadaan yang selamat. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh bersikap sambil lewa, amalkan sikap bertanggungjawab seperti berikut:
- Jangan mengangkut penumpang atau barangan melebihi kapasiti yang dibenarkan pada e-scooter.
- Jangan menggunakan telefon bimbit semasa menggunakan e-scooter.
- Pastikan bahawa e-scooter yang anda gunakan berada di lokasi yang selamat.
- Pastikan anda mengikuti peraturan lalu lintas dan keselamatan e-scooter yang telah ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti
Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.
24-05-2023
Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!
Pembekal perkhidmatan mikromobiliti Malaysia, Beam Mobility telah mencatatkan rekod penggunaan dan pendaftaran keseluruhan yang tertinggi setakat ini.
16-12-2022
Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%
Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia.
23-02-2023
Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!
Pembekal perkhidmatan mikromobiliti Malaysia, Beam Mobility telah mencatatkan rekod penggunaan dan pendaftaran keseluruhan yang tertinggi setakat ini.
16-12-2022
Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*
Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.
12-10-2025
Skuter Elektrik Zeeho AE8 S+ Sarat Teknologi Kini Menarik Kini Di Pasaran – Dari RM18,888
Pengedar dan pengimport motosikal, MForce Bike Holding Sdn Bhd (MForce), mengakhiri tahun 2024 dengan pelancaran skuter elektrik premium terbaru edarannya, Zeeho AE8 S+.
01-01-2025
Skuter Retro Unik BMW CE 02 X Vagabund Didedahkan – Ada Speaker Mudah Alih
BMW Motorrad baru-baru ini telah mendedahkan versi unik skuter elektrik, BMW CE 02 .
05-08-2024
Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti
Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.
24-05-2023
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge