AMG GT63S E-Performance, Seram Tengok Harga

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat kejutan besar kepada pihak media apabila ia memperkenalkan kereta mewahnya Mercedes-Benz GT63S E-Performance 2023 pada Malaysia Autoshow 2023.
Rata-rata media terkejut apabila mendengar harga kayangannya memandangkan ia dijual pada harga RM2.09 juta.
Menurut MBM, GT63S E-Performance membawakan teknologi petrol-elektrik hibrid yang diinspirasikan Formula Satu.
Ia juga merupakan model E-Performance pertama Mercedes-AMG.

Dengan harganya itu, maka tidak hairanlah jentera ini dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 834 hp dan tork 1,400 Nm.
Jangan terkejut ya!
Sebahagian besar punca ia mampu menghasilkan kuasa secara luar biasa adalah gara-gara hasil buatan tangan AMG 4.0 liter twin-turbo V8 yang dipasang di hadapan.

Ia dipasangkan dengan motor elektrik dengan bateri berkapasiti 6.1 kWj, dimana ia menawarkan kuasa setakat 204 hp sementara bagi jarak pemanduan elektrik, ia boleh pergi setakat 11 kilometer.
Bagi melengkapkan prestasinya, ia digabungkan dengan suspensi AMG Ride Control, sistem kawalan dinamik pemanduan AMG Dynamics bersepadu, brek seramik karbon dan pembezaan slip terhad secara elektronik.
Apapun super PHEV ini mampu memecut dari 0 -100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 2.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah sekitar 316 km/j.

AMG ini memberikan bacaan penggunaan bahan api 7.9 liter bagi setiap 100 kilometer.manakala purata pelepasan CO2 yang sama rendah iaitu 180 g/km.
Kereta yang diperkenalkan MBM hari ini hadir dalam rona Manufaktur 'Kalahari Gold' yang agak menawan.
Ia adalah salah satu daripada beberapa warna eksklusif yang ditawarkan untuk model itu.
Antara peralatan lain ialah, ia dilengkapi pek trim luaran AMG Night Package dan AMG Night Package II, pek AMG Exterior Carbon, rim aloi 21 inci yang menampilkan rona hitam dan berkilauan.

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan tempat duduk AMG Performance dan dibalut dengan kulit nappa, terdapat elemen kemasan AMG dalam karbon, stereng kulit dua tona, tikar lantai yang tertera perkataan AMG, set pelekat dalam tiga varian warna untuk skirt sisi.


Jika anda berminat untuk melihat jentera ini, datanglah ke Malaysia Autoshow 2023 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula esok sehingga 7 Mei ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3429
SELANGOR
BST3544
JOHOR
JD3997J
PULAU PINANG
PSF2094
PERAK
APL1451
PAHANG
CFH5849
KEDAH
KGH7821
NEGERI SEMBILAN
NEL6304
KOTA KINABALU
SJT8147
KUCHING
QAB4849P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton S70 RC Bakal Tunjuk Taring Dalam Perlumbaan Sepang S1K
Proton buat julung kalinya ada mendedahkan sebuah kereta lumbanya, Proton S70 R3 sempena pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang diadakan pada Mei lalu.
03-10-2024
Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV
Tiga pihak kerjasama untuk membangunkan stesen pengecas EV.
30-05-2024
Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran
Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.
02-05-2023
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.
14-01-2026
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.
26-06-2025
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta
Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.
05-06-2025
Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!
Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...
16-08-2024
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat