ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Meterai Perjanjian Dengan Inokom

Suhana Veru

Kongsi melalui



Chery Malaysia telah melantik  Inokom Corporation untuk melakukan pemasangan tempatan  keretanya di negara ini.

Kerjasama itu bertujuan untuk mengukuhkan kehadiran syarikat di dalam pasaran yang sedang membangun di Asia Tenggara.


Untuk rekod, Chery telah mengeksport lebih 450,000 kenderaan pada tahun lepas.

Pemasangan tempatan itu dijangka akan bermula pada Jun tahun ini dimana ia  boleh menyokong kapasiti awal sehingga 20,000 unit setahun.

Ini bermakna, Omoda 5, Tiggo 8 Pro akan dipasang di Kulim, Kedah.

Pengarah Chery Malaysia, Leo Chen berkata, Inokom yang mempunyai pengalaman hamper lebih 30 tahun dalam pemasangan pelbagai kenderaan dilihat merupakan rakan kongsi paling ideal untuk pihaknya.


“Seperti mana kami lakukan di pasara lain,  Chery berazam untuk melakukan pemasangan tempatan di Malaysia. Kami percaya ini akan membawa kami lebih dekat dengan rakyat Malaysia untuk memahami sepenuhnya keperluan dan kehendak mereka,”katanya.

Buat masa ini, Chery  merancang memperkenalkan Tiggo 8 Pro PHEV, Tiggo 7 Pro PHEV, Omoda 5 EV, dan satu lagi model misteri pada masa depan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4902

SELANGOR

BSR6718

JOHOR

JA4418J

PULAU PINANG

PSD8749

PERAK

APJ9263

PAHANG

CFH1897

KEDAH

KGH1430

NEGERI SEMBILAN

NEK9535

KOTA KINABALU

SJT1341

KUCHING

QAB2164P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro

Chery Omoda 5 sudah hampir tiba di pasaran Malaysia. Perlukan kenderaan sama kategori buatan lain seperti Proton X50, Toyota Corolla Cross & Honda HR-V gusar? Berapa rasanya harga jualannya? Bersama Omoda 5, Chery juga akan memasarkan 4 lagi model lain iaitu Tiggo 8 Pro E+, Tiggo 8 Pro Max, Tiggo

10-01-2023
Berita Auto

Tahniah Chery, Jualan Semakin Melonjak, Berada Dalam 10 Jenama Kereta Terlaris

Chery International, pengeluar kereta jenama Chery mengorak satu langkah ke hadapan apabila ia berjaya mencatatkan jualan global lebih 1 juta unit baru-baru ini.

15-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.